Pengundi meninggal pru 14

Ketika seluruh Malaysia sedang kecoh dengan urusan pilihan raya ke-14, peristiwa menyayat hati pula menimpa 2 orang pengundi apabila mereka meninggal dunia ketika sedang beratur untuk menunggu giliran mengundi.

 

Loading...

Rokiah Sulung yang berumur 54 tahun didapati pitam ketika sedang beratur untuk mengundi di kawasan Dungun pada kira-kira pukul 8.20 pagi.

Setelah diperiksa, wanita itu disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di tempat berkenaan, menurut laporan dari BERNAMA.

Anak perempuannya memberitahu bahawa ibunya itu menghidap darah tinggi, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda yang merisaukan sebelum keluar mengundi.

Pengundi
Lebih dari 14.4 juta rakyat Malaysia akan keluar mengundi di 8,253 lokasi yang telah ditetapkan dari 8.00 pagi hinggal 5.00 petang

Nasib malang juga menimpa seorang pengundi berusia 74 tahun, Lor Voon Chor yang datang mengundi di Sekolah Menengah Taman Petaling Jaya pada pukul 9.30 pagi. Tidak lama selepas itu, dia didapati pitam di tempat kejadian.

BACA JUGA :   Musa Aman Bakal Didakwa Atas Kesalahan Ugutan Jenayah ?

Pasukan paramedik walaubagaimanapun mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pengundi
Diharapkan semua pengundi akan membuat keputusan yang bijak dalam menentukan hala tuju negara.

Menurut kenyataan daripada isterinya seperti yang dilaporkan The Star, suaminya itu menghidap penyakit jantung, paru-paru dan juga kencing manis.

Diharapkan agar kes-kes sebegini tidak akan berlaku lagi di kawasan-kawasan lain. SPR seharusnya menyediakan pasukan kesihatan di semua tempat mengundi dengan lebih awal untuk memberikan bantuan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Sumber : Channel News Asia

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Keputusan PRU 14 Bakal Diumumkan Pada Jam 10 Malam

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here