Seluruh rakyat Malaysia hari ini digemparkan dengan berita bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya telah hangus dijilat api. Menurut laporan, tragedi kebakaran itu bermula kira-kira pukul 11.50 pagi dan melibatkan  40% daripada keseluruhan bangunan.

Bangunan KWSP
Punca kebakaran Bangunan KWSP masih disiasat

Setelah pihak bomba tiba di tempat kejadian, mereka berjaya memadamkan kebakaran dan mengelakkan tragedi itu menjadi lebih buruk. Nasib baik, tidak kecederaan ataupun kemalangan jiwa membabitkan mana-mana individu dilaporkan.

Loading...

Menurut kenyataan daripada pihak KWSP berhubung kejadian tersebut, mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang data-data penting ataupun wang simpanan yang terjejas akibat kebakaran.

Bangunan KWSP
Pihak Bomba tiba dan berjaya mengawal keadaan di Bangunan KWSP

Tambah mereka lagi, “Buat masa sekarang, keselamatan kakitangan dan pelanggan adalah perkara yang harus diutamakan. Seluruh bangunan itu telah dikosongkan dan semua pejabat serta kaunter telah ditutup sehingga sebarang makluman lanjut dibuat. Kami akan terus memantau situasi ini dan memaklumkan perkembangan terkini sebaik sahaja kami kembali beroperasi”.

Untuk makluman, bangunan KWSP itu kini ditutup buat sementara bagi memberi laluan pihak berkuasa membuat siasatan.

BACA JUGA :   2 Pengundi Meninggal Dunia Ketika Beratur Menunggu Giliran
Bangunan KWSP
Tiada data penting atau wang simpanan yang terjejas

Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin melakukan sebarang transaksi melibatkan KWSP, anda boleh melakukannya di cawangan KWSP terdekat, atau anda boleh hubungi Pusat Pengurusan KWSP di talian 03-8922 6000 atau kemukakan sebarang pertanyaan di laman web mereka.

Apa-apapun, nasib baiklah tiada sebarang kecederaan dan kemalangan nyawa direkodkan. Diharapkan semua pihak dapat mengambil iktibar daripada tragedi ini dan memastikan seluruh komuniti anda mematuhi prosedur kebakaran yang disarankan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here