Impian untuk menamatkan penantian selama 26 tahun untuk merangkul Piala Thomas masih cerah selepas skuad badminton lelaki negara mempamerkan rentak yang cemerlang  dan melangkah ke pentas separuh akhir kejohanan badminton Berpasukan Asia 2018 di Alor Setar, Kedah.

Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei bagaimanapun berkata, skuad badminton perlu merancang strategi terbaik sekiranya ingin merampas kembali trofi berprestij yang kali terakhir dijulang pada tahun 1992.

Badminton

Perjuangan belum tamat lagi, ini baru kelayakan. Malaysia telah pun layak ke final walaupun kita tewas kepada China.

“Dalam beberapa bulan ini saya harap kesemua pemain akan terus perbaiki permainan selain mencari pengalaman dalam kejohanankejohanan antara bangsa termasuk All England dan Terbuka Jerman,” katanya.

BACA JUGA :   Peraturan Baru Servis Badminton Semakin Dikecam Pemain-Pemain Ternama Dunia

Skuad negara terkandas di separuh akhir apabila tumpas 1-3 kepada China pada Kejohanan Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim.

Badminton

Hakikatnya, China yang hanya menghantar barisan simpanan dalam kejohanan itu namun masih berupaya melangkah ke pentas final.

Mengulas lanjut, Chong Wei mempertahankan keputusan jurulatih menurunkan Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven pada perlawanan itu.

Baginya, mereka memerlukan pendedahan mencabar agar lebih bersedia dalam misi Piala Thomas kelak.

“Saya setuju keputusan jurulatih (Datuk Misbun Sidek) menurunkan Zii Jia dan Joo Ven.

“Ia adalah positif dan dapat dilihat mereka mendapat pengalaman cukup berharga pada kejohanan ini,” jelas Chong Wei yang akan beraksi di Kejohanaan All England, Mac ini.

BACA JUGA :   "Pemain Negara Perlu Meningkatkan Kekuatan Fizikal" - Misbun Sidek

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here