Arena bola sepak tanah air dipalit dengan kontroversi baru apabila penjaga gol muda negara, Ahmad Syihan Hazmi gagal dalam ujian doping ketika menyertai Kejohanan Bawah 23 (B-23) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di China pada bulan lalu.

Perkara itu telah disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari ini. Ujian sampel B bagi kes doping Ahmad Syihan dibuat semalam selepas ujian sampel A yang dilakukan ketika kejohanan di Changshu, disahkan positif metabolite methandienone.

Loading...

AFC

Syihan, 22, dipilih untuk menjalani ujian doping selepas perlawanan pertama Kumpulan C bertemu Iraq di Stadium Changshu pada 10 Januari yang menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tewas 1-4.

Dia bagaimanapun tidak beraksi dalam sebarang perlawanan di kejohanan itu dengan Kim Swee menurunkan Ifwat Akmal Chek Kassim pada perlawanan bertemu Iraq itu.

BACA JUGA :   TMJ Dedahkan Ada ‘Orang Dalam’ Berkomplot Untuk Singkirkan Beliau Sebagai Presiden FAM

AFC

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pihaknya menerima surat daripada AFC pada 6 Februari lalu, memaklumkan Ahmad Syihan didapati positif metabolite methandienone iaitu sejenis bahan larangan dalam senarai Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dalam ujian sampel A yang diambil pada 10 Januari 2018.

“Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC memutuskan Ahmad Syihan dikatakan bersalah melanggar Artikel 6 Peraturan Anti-Doping AFC dan dikenakan penggantungan sementara selama 60 hari daripada mengambil bahagian dalam segala aktiviti bola sepak termasuk perlawanan domestik, persahabatan dan rasmi berkuatkuasa serta merta”.

AFC

Keputusan ini pasti turut memberi kesan kepada pasukannya, Negeri Sembilan apabila dia dilarang beraksi bermula perlawanan kedua Liga Super bertemu Kuala Lumpur di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 7 Februari lalu biarpun turun beraksi pada perlawanan pertama bertemu PKNP FC empat hari sebelum itu.

BACA JUGA :   TMJ Ingin Lepaskan Jawatan Presiden FAM Selewat-Lewatnya Pada Tahun 2019

Ahmad Syihan sudah memohon untuk sampel B diuji dan ia dibuat semalam. Dia kini hanya menunggu keputusan sama ada kekal positif atau negatif.

AFC akan mengambil tindakan lanjut selepas menerima keputusan rasmi ujian sampel B berkenaan dan buat masa ini, Ahmad Syihan tidak dibenarkan beraksi bersama Negeri Sembilan sepanjang tempoh penggantungan sementara 60 hari itu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Metro

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here