Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini melantik semula Tan Cheng Ho sebagai Ketua Jurulatih skuad utama kebangsaan. Beliau akan berkhidmat semula sebagai ketua jurulatih sehingga 2020. Keputusan ini diambil kira semula selepas Jurulatih berusia 50 tahun ini berjaya melayakkan pasukan kebangsaan ke Piala AFF Suzuki 2020.

Penguguman penting ini telah diumumkan sendiri oleh Timbalan Presiden FAM Datuk Yusoff Mahadi dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam selepas Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan mengadakan mesyuarat di Wisma FAM pada Selasa lalu.

Menurut sumber Bernama, antara Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan semestinya untuk melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Antara harapan fam adalah untuk melayakkkan diri ke Final AFF Suzuki 2020 dan Piala Asia AFC 2023. Jika sebelum in, rakyat Malaysia mampu untuk mengukir senyuman selepas skuad kebangsaan mara ke peringkat akhir walaupun kalah di tangan Vietnam dengan 0-1.

BACA JUGA :   Maradona Dikecam FIFA Lepas Komen Pengadil Tak Adil

Ini antara keputusan pihak FAM sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Perkara ini juga mengambil kira faktor prestasi di atas padang dan juga cerminan kepada prestasi di luar padang.  Tan Cheng Hoe sendiri berasa berbesar hati di atas penghormatan ini. Beliau diberi kepercayaan untuk mengemudi skuad Harimau Malaya.

Ini merupakan cabaran untuk beliau mempamerkan prestasi yang bagus dan menaikkan pasukan Skuad Harimau ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga mensasarkan pasukan untuk sentiasa ke peringkat final bagi setiap perlawanan.

Inilah masanya untuk pasukan kebangsaan untuk terus bangkit walaupun pernah jatuh ditimpa tangga sebelum ini. Namun begitu, tidak kenal erti penat lelah, mereka akan terus berbakti untuk menyemarakkan sukan negara.

BACA JUGA :   Najwa Pemain Bola Jaring Pertama Dilamar Ke Luar Negara

Diharapkan dengan pemilihan jurulatih kebangsaan ini sedikit sebanyak dapat membantu pasukan kebangsaan terus mara mengalahkan pasukan lawan. Ayuh Harimau Malaya!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here