Industri sukan tanah air semakin menampakkan sinar. Setelah diberikan kebenaran untuk kembali beraksi, ramai atlet yang sudah mula menyertai kejohanan dan pertandingan.

Semalam, telah tular satu perkhabaran rasmi berkaitan Datuk Ong Kim Swee. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perlantikan Datik Ong Kim Swee sebagai Pengarah Teknikal FAM. Lantikan ini telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2021 yang lepas.

Datuk Ong Kim Swee yang terkenal sebagai jurulatih yang berwibawa dan berkaliber telah mengambil alih tempat sebagai pengarah teknikal. Beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Teknikal telah diberikan tanggungjawab menjadi pengarah teknikal setelah tempat bagi memenuhi kekosongan yang ditinggalkan Peter de Roo.

Dengan bakat dan kebolehan yang ada pada Datuk Ong Kim Swee, diharapkan beliau mampu untuk melonjakkan lagi sukan bola sepak tanah air.

BACA JUGA :   Datuk Wira Lee Chong Wei Kini Kembali.

Sumber : Utusan Malaysia

Soong Jo Ven dikatakan telah menepati ramalan selaku pilihan utama apabila beliau muncul sebagai juara di dalam kejohanan badminton Top Glove Purple League Pro Am. Beliau tampil menjadi juara setelah berhempas pulas bertarung hampir satu jam untuk menewaskan lawannya.

Pertarungan sengit yang telah ditempuhi oleh Soong Jo Ven akhirnya membuahkan hasil apabila beliau memang sekaligus memperolehi hadiah kemenangan sebanyak RM 10,000. Terdapat beberapa lagi pemain kebangsaan yang menyertai kejohanan ini dan memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Sumber : Berita Harian

Perkhabaran berkaitan industri sukan tanah air juga tidak dapat mengelak daripada pandemik COVID-19. Setakat ini, seramai tujuh atlet dan seorang pegawai sukan sudah disahkan positif COVID-19.

BACA JUGA :   Jaguh Lompat Kijang Negara Hakimi Ismail Mahu Baiki Kesilapan

Atlet yang disahkan positif tersebut telah diasingkan dan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) akan menunggu tindakan lanjut daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. MSN juga telah memulakan langkah awal dengan mengasingkan atlet yang berkemungkinan antara kontak rapat.

Ujian calitan juga telah dilaksanakan kepada atlet-atlet dan petugas yang terlibat, hasil ujian mendapati hanya satu peratus daripada jumlah individu yang melakukan ujian calitan adalah positif COVID-19. Proses sanitasi juga akan dilakukan di pusat-pusat latihan pada setiap minggu untuk memastikan tiada penularan di kalangan atlet berlaku.

Sumber : Bernama

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here