Politik

Hanya tinggal berbaki masa lebih kurang 20 Jam lagi, rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di kawasan masing-masing. Selain itu, semua parti politik sedang giat menjalankan kempen dan manifesto mereka kepada rakyat demi untuk mendapatkan sokongan rakyat memilih mereka sebagai pemimpin.

Loading...

Disamping parti-parti politik meriah dan giat menjalankan kempen, ada yang lebih meriah lagi kali ini dengan pembabitan bapa dan anak dalam pertandingan PRU14.

Politik

Hal ini menarik perhatian ramai, terutamanya membabitkan calon Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mahathir bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi manakala Datuk Seri Mukhriz bertanding bagi Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.

BACA JUGA :   Azmin Dedahkan Faktor Kemenangan Pakatan Harapan Pada PRU14

Politik

Menurut Mukhriz, biarpun sudah dua penggal berada dalam arena politik, beliau menyifatkan PRU14 kali ini, adalah satu pengalaman luar biasa dan lebih meriah lagi kerana bapanya turut sertai menjadi calon bertanding.

Menurut laporan Astro Awani, Mukhriz merasakan ini merupakan satu corak politik yang bagus kerana belum pernah lagi berlaku sepanjang saya menceburi bidang politik, “rasa macam ada satu gelombang yang bermula dari Langkawi, dan dirasai di tanah besar kedah”.

Politik

Malah, aura Dr Mahathir juga dirasai di negeri-negeri lain seperti di Perak, Pulau Pinang dan Perlis. Mukhriz menganggap pertembungan kali ini membuktikan demokrasi di Malaysia kian subur, terutamanya di Jerlun.

Sumber: Astro Awani

BACA JUGA :   Musa Aman Bakal Didakwa Atas Kesalahan Ugutan Jenayah ?

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here