Pihak pengurusan Arsenal mahu pengurus Juventus, Massimiliano Allegri atau bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique sebagai pengganti kepada Arsene Wenger. Walaubagaimanapun, kedua-dua calon itu mungkin tidak berminat untuk mengemudi Arsenal kerana sistem dan struktur pengurusan kelab yang sangat berbeza.

 

Loading...

Allegri masih mempunyai kontrak berbaki 2 tahun di Juventus, dan dijangka akan memenangi kejuaraan Serie A untuk kali keempat berturut-turut pada musim ini.

Pengurus dari Itali itu dilihat sebagai calon utama, selain daripada Carlo Ancelotti dan penolong jurulatih Liverpool, Zeljko Buvac.

Bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique juga dikaitkan sebagai bakal pengurus Arsenal sejak setahun meninggalkan Barcelona.

Allegri calon pengurus arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang akan meninggalkan kelab itu setelah tamat saingan musim ini.

Satu lagi nama yang kerap disebut adalah bekas pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta yang kini merupakan pembantu kepada ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola.

BACA JUGA :   Patrick Vieira Antara Calon Utama Menggantikan Arsene Wenger ?

Apa-apapun, pengurus baru Arsenal nanti pastinya akan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membawa The Gunners kembali ke zaman kegemilangan.

Allegri calon pengurus arsenal
The Gunners

Arsenal sah akan menamatkan saingan liga musim ini di tempat keenam, sekali gus bermaksud pasukan dari London itu gagal melayakkan di ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Tambahan pula, Arsenal tersingkir di peringkat separuh akhir Europa League setelah tumpas di tangan Atletico Madrid.

Sumber : SkySports

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here