Masih berbaki lebih kurang 3 bulan lagi untuk Jaguh Lompat Kijang Negara Hakimi, 26, untuk membaiki kesilapan lalu di temasya Sukan Komanvel apabila bakal beraksi semula di Sukan Asia Indonesia Ogos depan.

Lompat Kijang Negara

Pengalaman buat pertama kalinya beliau beraksi di Komanwel tempoh hari, dijadikan pengajaran dan kini beliau mula menyusun strategi supaya dapat menyerlah di Indonesia nanti.

Beliau berusaha sehabis mungkin untuk tampil lebih menyerlah dengan menghantar permohonan kepada Program Podium untuk menjalani latihan di Eropah. Jika mendapat persetujuan, beliau akan ke sana penghujung Mei ini atau awal Julai nanti.

Lompat Kijang Negara

Hakimi yakin bahawa beliau masih mempunyai ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya dan beliau akan menyertai kejohanan terdekat Terbuka Malaysia yang akan memulakan cabaran dari 11 hingga 13 Mei ini.  Beliau tidak meletakkan sebarang harapan dalam kejohanan ini dan hanya untuk melihat keupayaan dan prestasinya sahaja selepas Komanwel.

Lompat Kijang Negara

Jika dalam kejohanan ini, Hakimi mampu melakukan lompatan 16 ke 17 meter, ini merupakan petanda baik menjelang Sukan Asia nanti. Bagi beliau, Sukan Asia kali ini memberi cabaran buatnya kerana jaguh dari China, Dong Bin, pernah meraih gangsa di Olimpik, selain pesaing terdekat lain antara Jepun dan India.

Lompat Kijang Negara

Kali terakhir, atlet olahraga negara menyumbangkan pingat Perak dan gangsa di Sukan Asia adalah pada tahun 2006, di Doha menerusi acara lompat bergalah dan 400m lari berpagar oleh Roslinda Samsu dan Noraseela Khalid.

Sumber: Berita Harian 

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here