Tun Dr Mahathir Mohamad kini sah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7. Tun M mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu dihadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bertempat di Balai Rong Seri, Istana Negara, pada jam 9.56 malam tadi.

Mahathir Mohamad

Dr Mahathir Mohamad dan diiringi isteri beliau, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebanyak dua kali sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas memegang jawatan PM pada 16 Julai 1981 untuk tempoh 22 tahun dan berakhir pada tahun 2003 lalu.

Mahathir Mohamad Sultan Muhammad V memberi perkenan selaras dengan Fasal (2) (a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Dr Mahathir dikurniakan surat cara perlantikan oleh Sultan Muhammad V, sebelum mengangkat sumpah jawatan dan setia serta meyimpan rahsia.

Mahathir Mohamad

Turut hadir pada upacara bersejarah itu ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Mahathir MohamadTun M merupakan pemimpim pilihan rakyat, selepas meninggalkan pentas politik 15 tahun lalu, sekali lagi Tun M diberi mandat untuk mentadbir negara pada usia 92 tahun.

Aura Mahathir sangat hebat dari dahulu sehingga sekarang. Beliau merupakan anak jati Alor Setar, Kedah dan dilahirkan pada 10 Julai 1925. Merupakan anak bongsu daripada 9 adik beradik daripada pasangan Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi.

Mahathir Mohamad

Pada PRU14 lalu, Pakatan Harapan berjaya memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen yang bertanding bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Pastinya ramai rakyat Malaysia menantikan detik dan saat bersejarah ini, apabila Bapa Pemodenan negara sekali lagi diangkat menjadi Perdana Menteri.

 Mahathir Mohamad

Sumber: Berita Harian

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here