Pandangan Tun Mahathir Terhadap Pelaburan China

Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu mungkin mendatangkan beberapa implikasi besar terhadap pelaburan China dan projek-projek mega China ke atas negara ini.

Pakatan harapan tumbangkan Barisan Nasional dalam PRU14.

Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik, Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan baharu pimpinannya akan mengkaji semula beberapa perjanjian yang telahpun dipersetujui dengan negara China.

Loading...

Tun Mahathir juga sebelum ini mempersoalkan tindakan Najib menerima pelbagai pemilikan dari China, hinggakan nampak seolah-olah Malaysia sudah dijual dan digadaikan kepada negara pimpinan Xi Jinping itu.

Malaysia merupakan penerima keempat terbesar pelaburan China di luar negara pada tahun lepas, menurut statistik yang dikeluarkan oleh badan ekonomi dunia.

Senarai Projek Mega Yang Akan Dikaji Semula

Seperti yang telah dinyatakan, kerajaan pimpinan baharu ini tidaklah akan terburu-buru membatalkan projek-projek infrastruktur sedia ada. Cumanya, kajian semula akan dilakukan bagi memastikan ianya menepati garis-garis panduan yang diinginkan.

BACA JUGA :   Tukar Kerajaan Bukanlah Solusi Kepada Krisis Ekonomi Di Malaysia - Salleh Said Keruak
Projek Forest City di Johor. Sumber foto : sme.org

Antara projek mega yang didakwa Tun M tidak sepatutnya dimeterai oleh kerajaan sebelum ini adalah projek laluan kereta api laju menghubungkan KL- Singapura yang memaksa negara berhutang dengan sangat banyak bagi membiayainya. Sekiranya projek itu didapati tidak wajar setelah dikaji, maka ianya akan dihentikan.

Projek East Coast Rail Link (ECRL) di semenanjung juga disifatkan Tun Mahathir sebagai satu pembaziran. Projek sejauh 688 kilometer dan menelan belanja $13 billion itu kini sedang dibina oleh syarikat China Communications Construction.

Lagi satu adalah projek Zon Perdagangan Digital Bebas (DFTZ) yang diterajui Alibaba dan ditubuhkan di Kuala Lumpur awal tahun ini sebagai langkah untuk memantapkan perdagangan antara Malaysia dengan China.

Sumber foto : The Star Graphics

Tun Mahathir juga mempersoalkan projek perumahan persendirian mewah di negeri Johor, yang didakwanya dijual dengan harga yang sangat mahal hinggakan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk tinggal di situ.

Ada banyak lagi projek-projek pelabuhan dan kereta api yang sudah dirangka untuk dibangunkan. Laporan menyatakan bahawa Malaysia bakal menerima kira-kira RM400 billion jumlah pelaburan dalam jangka masa 2 dekad akan datang.

BACA JUGA :   Mata Wanita Ini Menjadi Buta Gara-gara Bermain Games Di Smartphone Tanpa Henti

Respon Negara China Tentang Kerajaan Baharu

Sebaik sahaja keputusan PRU14 diumumkan, ramai pelabur-pelabur antarabangsa China ternyata teruja dengan peluang-peluang baru di bawah kerajaan pimpinan Tun Mahathir. Namun, ada sesetengah pelabur yang mungkin tidak lagi berminat sekiranya terdapat banyak keraguan.

Pelaburan China

Sekiranya tiada apa-apa perubahan, dijangka pelaburan China di Malaysia akan meningkat di bulan dan tahun yang mendatang. Justeru, pemilikan China di negara ini akan meningkat dua kali ganda menjelang 2025.

Diharapkan kerajaan pimpinan Tun M akan mengkaji dan membuat keputusan yang terbaik bagi kesejahteraan ekonomi Malaysia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here