Johor Antara Negeri Yang Mempunyai Calon Termuda PRU14

0
906

Pada Pilihan Raya Umum kali ini, kita dapat menyaksikan calon-calon muda bertanding bagi Parti Politik PKR, terutamanya di Johor. Walaupun usia masih muda, namun berjaya memenangi kerusi yang ditandingi walaupun pencabar mereka adalah penyandang yang lebih berusia dan berpangalaman luas dalam dunia politik.

Johor

Ketua pemuda  (PBBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25, adalah calon baharu dan merupakan calon paling muda yang memenangi kerusi Parlimen Muar selepas berjaya menewaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim dengan majoriti 6,953 undi.

Selain itu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, 32, calon muka baharu PKR, berjaya menewaskan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Johor Bahru selama tujuh penggal dengan majoriti 19,782.

Antara lain, tiga calon muda memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sheikh ‘Umar Bagharib Ali, 33, (Paloh), Muhammad Taqiuddin Cheman, 30, (Pulai Sebatang) dan Liow Cai Tung, 32 yang masih mengekalkan kerusi Johor Jaya.

BACA JUGA :   Kedah Bakal Adakan Pilihan Raya Negeri Sekali Lagi?

Johor

Syed Saddiq merupakan lulusan dalam jurusan Undang-Undang di Universiti awam dan merupakan Pendebat Terbaik Asia sebanyak tiga kali dan kemenangan itu merupakan satu permulaan untuknya mencapai hasrat membela nasib anak muda.

Menurut anak muda itu, beliau berharap agar PKR mempu membentuk kerajaan persekutuan dan negeri dengan lebih baik dan bagi Parlimen Johor Bahru, DUN Stulang dan Larkin, apa yang penting adalah banyak perkara perlu dilaksanakan dan dipikul walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran.

Johor

Bagi Sheikh ‘Umar Bagharib yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Pimpinan Pakatan Harapan Johor pula, beliau berasa sungguh gembira kerana dapat menyaksikan keberanian rakyat melakukan perubahan demi Malaysia yang lebih baik.

BACA JUGA :   Semakin Ramai Rakyat Palestin Dibunuh Gara-Gara Pembukaan Kedutaan US Di Baitulmaqdis

Tambah beliau, kemenangan kerusi DUN Paloh bukanlah kemenangan beliau seorang sahaja, tetapi ia adalah kemenangan bagi seluruh rakyat Malaysia. Kerana beliau dapat melihat perubahan sikap khususnya dalam kalangan pengundi Melayu yang ingin melakukan perubahan.

Johor

Diharapkan perubahan yang berlaku kepada corak kepimpinan politik negara ini dapat memberikan kekuatan kepada rakyat untuk terus memahami bahawa kuasa sebenar adalah di tangan rakyat.

Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan lima calon muda daripada PKR berjaya memenangi kerusi di tandingi bagi kawasan masing-masing.

Sumber: Utusan Online 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here