Nama Tun Mahathir bukanlah seorang yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 ini merupakan seorang tokoh yang sangat banyak berjasa dalam membangunkan negara ini, sepadan dengan gelaran Bapa Pemodenan yang diberikan kepada beliau.

Sempena meraikan kejayaan Tun Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 setelah memenangi PRU14 beberapa hari yang lalu, di sini Team Deenamik ingin kongsikan 5 ciri kepemimpinan Tun Mahathir yang cukup disegani oleh masyarakat di seluruh pelusuk dunia.

#1. LANTANG BERSUARA MENENTANG DISKRIMINASI BARAT DAN YAHUDI

Tun Mahathir PBB speech
Dr Mahathir berucap di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Walaupun Malaysia bukanlah sebuah negara berkuasa besar, namun Dr. Mahathir berjaya membuat pemimpin dunia-dunia barat tidak senang duduk dengan kelantangannya menentang Barat dan Yahudi.

Dunia melihat bagaimana Dr. Mahathir Mohamad, merangkap mantan Pengerusi NAM dan OIC pada ketika itu, lantang mengutarakan pandangan dan pendirian menentang dasar berat sebelah Barat, terutama US, UK dan sekutu-sekutu kuat mereka dalam banyak isu melibatkan diplomasi antarabangsa, isu Palestin dan konflik Asia Barat, isu Afghanistan, isu perdagangan, isu keganasan berstruktur mengunakan bala tentera dan sebagainya.

Dr Mahathir seringkali mengkritik Tony Blair dan George Bush yang menindas negara-negara Islam.

Semasa beliau dalam jawatan, pemimpin kuasa besar dunia seperti Presiden Perancis Jacques Chirac dan terakhir sekali, Presiden Russia Vladimir Putin sanggup menurunkan sokongan mereka kepada isu-isu yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir.

Penentang imperialisme Barat US paling utama ketika itu, Presiden Fidel Castro juga amat mengagumi Dr. Mahathir kerana ketegasannya terhadap isim dan roh sebenar ‘demokrasi’, iaitu hak suara ramai didengar (bukan tafsiran demokrasi ala US, yang memberi tafsiran berat sebelah yang hanya mementingkan mereka sahaja!)

#2. KUKU BESI YANG BAGUS DALAM MENTADBIR EKONOMI

Tun Mahathir imf

Apabila dilantik menjadi Perdana Menteri ke-4 pada 16 Julai 1981, Dr. Mahathir mengambil langkah segera mempercepatkan pembangunan dan pemodenan negara kerana berpendapat bahawa negara perlu bergerak pantas agar tidak ketinggalan. Di bawah pentadbiran beliau, landskap ekonomi negara berubah daripada sebuah negara pertanian kepada yang berasaskan industri teknologi tinggi dan perdagangan global.

BACA JUGA :   Sejauh Manakah SPRM Berkuasa Melawan Politik Wang Di Malaysia ?

Beliau juga popular sebagai pemimpin yang berwawasan dan berpandangan jauh, oleh itu Dr. Mahathir telah membangunkan Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) yang mampu bersaing dengan pasaran kereta import.

Proton Saga adalah antara model pertama yang dikeluarkan PROTON.

‘Kedegilan’ Dr. Mahathir semasa menangani krisis ekonomi sekitar tahun 1997/1998 merupakan satu tindakan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Tatkala Bank Dunia dan IMF mendesak supaya Malaysia tunduk kepada spekulator mata wang dengan menetapkan kadar tambatan ringgit yang stabil dan mengehadkan pengalirannya ke luar negara, Mahathir berkeras untuk tidak menurutnya.

Strategi tersebut ternyata amat berkesan. Lebih penting, strategi itu dilaksanakan sedemikian rupa sehingga tidak merugikan program sosial dan tidak membenarkan ‘tangan luar’ masuk campur ke dalan urusan ekonomi Malaysia.

#3. BERWAWASAN DAN BERPANDANGAN JAUH

Penswastaan syarikat-syarikat kerajaan seperti Telekom Bhd, Tenaga Nasional Bhd, KTM dan Pos Malaysia yang dilaksanakan oleh Dr. Mahathir bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan pusat, mempercepatkan pengurusan dan menambahkan daya saing.

Tun Mahathir telah membangunkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya yang menempatkan kompleks pelbagai kementerian yang sistematik serta mengilhamkan pembangunan Menara Berkembar Petronas.

Beliau juga telah merealisasikan sebuah daerah yang menjadi hub teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global di rantau Asia yang dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC) yang berpangkalan di Cyberjaya.

Menara Berkembar Petronas kini menjadi mercu tanda Malaysia.

Hub tersebut telah berjaya menarik perhatian ratusan syarikat ICT antarabangsa untuk menubuhkan pusat operasi serantau di situ seperti dari Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah. Antara syarikat ICT yang beroperasi di MSC termasuk Microsoft, IBM, Nokia, Fujitsu, Measat, Motorola, Bloomberg, Reuters, Ericsson, Hewlett-Packard, Alcatel, Aptilo Network dan banyak lagi.

Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga mencatat satu lagi sejarah kejayaan negara yang amat gemilang. Pencapaian tersebut telah mengangkat imej Malaysia dalam arena penerbangan antarabangsa kerana kecanggihan peralatan dan kecekapan perkhidmatannya.

BACA JUGA :   Laporan Pengauditan 1MDB Kini Bukan Lagi Rahsia
Lapangan Terbang KLIA

Tun Mahathir percaya bahawa infrastruktur negara merupakan salah satu bentuk pelaburan jangka penjang yang perlu dilaksanakan segera kerana jika ditangguhkan kos pembinaan akan menjadi lebih tinggi pada masa hadapan dan akan mengakibatkan negara menanggung beban perbelanjaan yang besar.

#4. PENERAPAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN

Tun Mahathir king faisal
Dr Mahathir menerima anugerah Tun Faisal

Beliau merupakan pemimpin yang begitu berusaha menonjolkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara. Oleh sebab itu, Malaysia di bawah kepimpinan Dr. Mahathir dilihat oleh kebanyakan negara Islam sebagai satu model negara Islam yang unggul.

Sebagai menghargai jasa-jasa beliau itu, Dr. Mahathir telah dianugerahkan anugerah tertinggi dari Arab Saudi iaitu Anugerah Antarabangsa King Faisal pada 22 Mac, 1997, “The Dragon of Bosnia” dari Bosnia, ‘Mubarak Al-Kabir’ dari Kuwait dan ‘Ahmad Al-Fatah’ anugerah kedua tertinggi Bahrain.

#5. PELAKSANAAN DASAR PANDANG KE TIMUR

Kejayaan Jepun bangkit selepas Perang Dunia ke-2 harus dicontohi.

Bagi menyuntik semangat kepada rakyat dan menghentikan amalan terlalu mengagung-agungkan Barat, Dr. Mahathir memperkenalkan polisi Dasar Pandang ke Timur. Melalui dasar ini, beliau mahu Malaysia mencontohi Jepun yang dapat maju, bersaing dan seterusnya menjadi kuasa utama ekonomi dunia selain Amerika.

Beliau mahukan kejayaan Jepun yang berjaya bangun dari kejatuhannya selepas Perang Dunia Kedua dan kemudian muncul sebagai negara perindustrian utama dunia, dicontohi oleh rakyat negara ini tanpa mengorbankan jati diri mereka.

Semoga Tun Mahathir akan dapat membawa Malaysia ke arah yang lebih baik di dalam pentadbirannya sebagai Perdana Menteri ke-7. Kami di Team Deenamik mengucapkan selamat maju jaya kepada Tun Mahathir !

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here