BN Menang Mudah Di Sabah ?

Parti Barisan Nasional dijangka akan menang mudah dalam PRU 14 di negeri Sabah kali ini meskipun mendapat tentangan sengit daripada parti-parti pembangkang.

 

Loading...

Tidak dinafikan, sebahagian besar rakyat Sabah mahu memberi peluang kepada parti pembangkang untuk menerajui negeri itu tetapi calon-calon Barisan Nasional ternyata mendapat sokongan yang lebih kuat dalam kebanyakan kerusi DUN dan Parlimen.

Menurut penganalisis politik, BN dijangka memenangi dua pertiga majoriti dalam kerusi DUN di negeri Sabah.

shafie apdal sabah
Parti Warisan Sabah yang diketuai oleh Shafie Apdal.

Sepanjang 7 hari berkempen, parti pembangkang di Sabah terdiri daripada beberapa parti iaitu Parti Warisan Sabah yang diketuai oleh Mohd Shafie Apdal, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) yang merupakan saingan utama kepada Barisan Nasional.

BACA JUGA :   Mengapa Anak Muda Kelantan Mahukan Perubahan Dalam PAS ?

Kurang Kesepaduan Di Kalangan Pembangkang

Seperti PRU 13 yang lalu, kurangnya kesepakatan di kalangan pembangkang menyebabkan BN lebih mudah untuk menang kerana tiada persaingan 2 penjuru secara langsung.

Undi yang berbelah bagi di antara parti-parti pembangkang mengurangkan peluang untuk mereka memenangi kerusi DUN dan Parlimen.

Antara kerusi Parlimen yang bakal memberikan saingan sengit kepada BN adalah Semporna, Batu Sapi, Silam, Kota Kinabalu dan Tawau. Bagi kerusi DUN pula adalah Api-Api, Luyang, Likas, Inanam dan di beberapa tempat lagi.

Barisan Nasional telah meletakkan calon di kesemua 25 kerusi Parlimen. Manakala berikut merupakan jumlah calon yang diletakkan oleh parti-parti lain :

Warisan – 16 calon
HR – 14 calon
PCS – 8 calon
PAS – 8 calon
PKR – 6 calon
STAR – 5 calon
DAP – 3 calon
Anak Negeri – 2 calon
PPRS – 2 calon
Perpaduan – 1 calon
Amanah  – 1 calon
Bebas – 4 calon

 

BACA JUGA :   Najib Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Sempena PRU 14 – Strategi Yang Bijak ?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here