Meskipun sudah 28 tahun memegang teraju negeri Kelantan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) perlu melakukan beberapa perubahan di dalam pentadbiran mereka jika mahu mengekalkan sokongan daripada anak-anak muda di negeri itu.

 

PAS dijangka akan menerima saingan sengit daripada Pakatan Harapan untuk PRU 14 kali ini.

Sebilangan besar anak muda di Kelantan meluahkan kekecewaan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri sekarang yang perlu menguruskan bajet dan ekonomi dengan lebih baik. Ini termasuklah isu bekalan elektrik dan pengurusan sampah sarap yang sekian lama membelenggu penduduk di negeri itu.

PAS di kelantan
Anak muda mahu PAS lebih fokus kepada isu pembangunan dan kemajuan ekonomi di Kelantan.

Tidak dinafikan, PAS memang melakukan tugas yang baik dalam mengutamakan ciri-ciri Islam dalam pentadbirannya namun dilihat agak lemah dalam memajukan ekonomi dan pembangunan.

Ini menjadi sebab mengapa ramai penduduk sudah hilang kepercayaan terhadap ideologi PAS, dan mahu memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk memerintah Kelantan.

Pakatan Harapan di Kelantan adalah pesaing ketiga untuk memegang kerajaan negeri dan calonnya, Nik Omar Nik Aziz yang merupakan anak Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, sudah berjaya mendapatkan sokongan yang mantap daripada penduduk di seluruh Kelantan.

Pas nik omar nik aziz kelantan
Nik Omar Nik Aziz akan bertanding sebagai calon Pakatan Harapan untuk PRU kali ini.

Ditambah dengan peribadi Nik Omar yang penuh karisma dan baik budi pekerti, ramai anak muda yakin bahawa beliau adalah calon yang tepat untuk diundi.

Dengan masalah kos sara hidup yang semakin mencengkam, anak muda semestinya mahukan perubahan agar negeri termiskin di Malaysia itu akan diuruskan dengan lebih baik oleh pentadbiran kerajaan negeri yang baru.

Jika PAS kekal memerintah Kelantan selepas PRU 14 ini, diharapkan agar kerajaan negeri itu akan melakukan perubahan drastik supaya tahap ekonomi dan pembangunan di negeri Kelantan akan dapat dimajukan dengan lebih baik.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here