Seperti yang diketahui ramai, pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung pada esok hari iaitu 9 Mei 2018. Untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui keputusan PRU14 di semua kawasan pilihan raya, sebuah portal GE14MAP telah diwujudkan dan boleh diakses dari telefon pintar serta komputer.

 

Buat masa sekarang, laman GE14MAP menunjukkan keputusan kerusi Parlimen untuk PRU edisi yang lalu. Keputusan itu akan dikemaskini sebaik sahaja proses pengundian dan pengiraan undi dijalankan.

Peta interaktif itu memaparkan 222 kawasan pilihan raya. Para pelawat boleh melihat keputusan di lokasi pengundian dengan hanya menekan pada peta kawasan yang diingini.

GE14MAP
Laman depan portal khas GE14MAP

Melalui analisis ringkas yang dipaparkan di portal itu, kita juga dapat melihat bagaimana landskap politik di Malaysia sudah berubah sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu.

BACA JUGA :   2 Bekas Menteri Dibuang UMNO Kerana Menyokong Pembangkang

Portal GE14MAP boleh diakses menerusi pautan ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here