Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan bahawa keputusan PRU ke-14 bakal diumumkan sekitar jam 10 malam pada hari mengundi.

 

Menurut SPR lagi keputusan PRU akan terus diumumkan sebaik sahaja ianya diperoleh.

“Sekiranya dapat keputusan awal, SPR akan umum awal. Harap-harap (keputusan) dapat umum sebelum jam 10 (malam),”ujar Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Apa-apapun, diharapkan SPR dapat menjalankan proses pengiraan undi dengan penuh telus agar sebarang isu berbangkit tidak timbul.

Keputusan PRU 14

Untuk pilihan raya kali ini, seramai 14,449,200 pemilih yang berdaftar dengan SPR akan mengundi di 8,253 pusat mengundi yang mempunyai 28,115 saluran tempat mengundi.

Semua pusat mengundi berkenaan akan dibuka seawal jam 8 pagi dan masa pengundian ditutup adalah berbeza-beza mengikut lokasi pusat mengundi serta jumlah pengundi. Waktu pengundian pula ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang.

BACA JUGA :   5 Ciri Kepemimpinan Tun Mahathir Yang Dikagumi Seantero Dunia

Keputusan PRU 14

Oleh kerana keadaan cuaca pada hari pengundian diramalkan hujan, pengundi dinasihatkan merancang masa untuk keluar mengundi dan tidak keluar pada saat akhir terutama bagi yang mengundi di lokasi ditutup awal.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Sumber : Berita Harian

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here