Parti memerintah, Barisan Nasional secara rasminya telah menyingkirkan dua bekas menteri Malaysia setelah mereka berdua dengan terbuka mengisytiharkan sokongan kepada parti pembangkang menjelang PRU 14 yang akan berlangsung 9 Mei 2018 nanti.

 

Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menegaskan bahawa bekas Menteri Perdagangan iaitu Rafidah Aziz dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah digugurkan dari UMNO setelah mereka menyertai himpunan yang dianjurkan pembangkang pada Jumaat lalu.

Bekas menteri ku nan
Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor

Selain itu, Ku Nan memaklumkan bahawa bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim juga sedang disiasat kerana mengkritik kerajaan pimpinan Najib Razak di platform media sosial.

Ramai penganalisis politik menjangkakan sokongan yang diberikan oleh 3 ahli politik veteran itu akan memberi pengaruh yang besar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di dalam usahanya untuk memenangi PRU 14 yang bermula 9 Mei nanti.

BACA JUGA :   Johor Antara Negeri Yang Mempunyai Calon Termuda PRU14
Bekas menteri
Tun Mahathir Mohamad. Kredit foto : The Malay Mail Online

Tun Mahathir kini mengetuai Pakatan Harapan yang terdiri dari kesatuan 4 parti-parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP), AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sumber : Fox News

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here