Apakah persamaan di antara Mark Zuckerberg, Michael Dell, Sergey Brin dan kebanyakan billionaire yang anda kenali hari ini ? Ya, mereka semuanya adalah usahawan yang memulakan bisnes dari zaman belajar lagi.

Tidak dinafikan, kehidupan sebagai seorang pelajar di universiti memang sangat mencabar, apatah lagi menceburkan diri dalam bidang usahawan.

Tanpa celoteh panjang, di sini kami berikan beberapa tips yang dapat membantu mahasiswa ataupun pelajar universiti seperti anda untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Cari Peluang-Peluang Mendapatkan Dana

usahawan

Boleh dikatakan hampir semua universiti dan kolej di negara ini mempunyai modul tersendiri untuk melatih mahasiswa supaya berjiwa usahawan. Sangat banyak peruntukan yang diberikan di samping program-program insentif bagi memudahkan para pelajar memulakan bisnes mereka.

Jadi, anda harus gunakan peluang itu sebaik mungkin. Sertai program-program pembentangan idea ataupun ‘pitching’ di depan pegawai-pegawai syarikat besar supaya mereka berminat untuk memberikan anda modal yang diinginkan.

BACA JUGA :   Plastik Boleh Larut dan Boleh Diminum dari Bali? - CASSAVA BIOPLASTIC

Gunakan Peluang Menambah Networking Dengan Sebaiknya

usahawan

Universiti adalah tempat yang paling mudah untuk anda berjumpa kenalan baru dan menambah jaringan bisnes dengan pelajar-pelajar lain. Peluang sebegini sangat sukar untuk anda dapat apabila sudah tamat zaman belajar nanti.

Jadi, sentiasalah berkenalan dengan pelajar-pelajar lain tidak kiralah melalui program yang dianjurkan, ataupun majlis di fakulti, bilik kuliah dan sebagainya. Jangan hanya menjadi kera sumbang yang suka bersendiri.

Mungkin semasa zaman belajar, anda tidak nampak lagi kepentingan membina networking. Tapi percayalah, anda akan mula rasa perkara ini penting ketika anda melangkah ke alam pekerjaan.

Lagi satu, tambahkan juga jaringan dengan para alumni seawal yang mungkin. Siapa tahu anda mungkin bertemu dengan alumni yang berpengalaman dalam bisnes, yang boleh dijadikan mentor.

Dapatkan Tunjuk Ajar Dari Pensyarah

usahawan

Anda bertuah kerana di alam universiti, pensyarah-pensyarah di sekeliling anda akan sentiasa cuba membantu anda sehingga berjaya. Keluar dari alam universiti nanti, sudah tidak ramai orang yang ikhlas ingin membantu anda. Jadi, koreklah sebanyak mana ilmu tentang bisnes dan usahawan dari pensyarah anda.

BACA JUGA :   Tak Sabar Nak Masuk Universiti? Ini Dia Tips Berguna Untuk Anda

Mudah sahaja, anda hanya perlu berjumpa dengan pensyarah dan bentangkan plan bisnes anda. Mungkin mereka ada cadangan penambahbaikan yang ingin diberikan.

Memulakan bisnes memang sukar, ditambah pula dengan status sebagai seorang mahasiswa. Apa-apapun, jika anda seorang yang mempunyai cita-cita besar, yakinlah anda pasti boleh melakukannya asalkan anda tidak mudah berputus asa. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here