HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan pra tayang Yamaha X-Max 250 untuk pasaran tempatan. Yamaha X-Max 250 dijangka berada di pasaran penghujung bulan Mac ini.

Selepas dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia semasa pelancaran model MT-09 yang diperbaharui awal tahun lalu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd kini telah mengumumkan harga untuk skuter XMax 250 untuk pasaran Malaysia, iaitu RM22,498.50 termasuk GST.

yamaha XMax 250 dikuasakan oleh enjin satu silinder empat strok SOHC suntikan bahan api dengan teknologi Blue Core, dan kuasa sebanyak 22.5 hp pada 7,000 rpm dan 24.3 Nm tork pada 5,500 rpm mampu disampaikan ke tayar belakang melalui kotak gear automatik.

Sebagai sebuah skuter, XMax 250 menawarkan pelbagai kemudahan dengan antaranya ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh menempatkan dua helmet fullface, penghadang angin hadapan tinggi boleh laras, dua ruang simpanan kecil di bawah bahagian pemegang (satu daripadanya mempunyai pengecas 12V) dan sistem tanpa kunci berserta penggera.

yamaha

Dilengkapi dengan enjin berkuasa 4-lejang 249cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 20hp pada 7,500 rpm dan tork 21Nm (6,000rpm), manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan sistem transmisi V-Belt Automatik. Skuter ini bertaraf  kelas menengah atas.

X-Max 250 memiliki dimensi panjang (2160mm), lebar (790mm) dan tinggi (1385mm). Tinggi pelana 785mm agak tinggi, manakala kapasiti tangki minyak pula 13.2 liter dengan berat jentera 182kg. Jarak kelegaan tanah cukup baik dan tinggi, iaitu 125mm yang pasti memudahkan skuter Yamaha ini meredah sebarang bonggol dan laluan tidak rata.

  yamaha Bahagian suspensi menggunakan fork teleskopik bersama travel 110mm di depan, dan dua unit absorber spring bersama travel 84mm (belakang). Tugas membrek diserahkan kepada cakera tunggal 267mm (depan) dan 240mm (belakang) berserta ciri Sistem Keselamatan Anti-Kunci (ABS).

Dinamik tunggangan dan keyakinan membelok dibantu tayar depan bersaiz 120/70 R15 dan tayar belakang bersaiz 140/70 R14.

Selain rekabentuk elegan dan menarik, X-Max 250 turut dilengkapkan ciri keselamatan tertinggi. Selain ABS, skuter itu dipasangkan fungsi immobiliser dan kawalan jauh menerusi kunci pintar, dipanggil Sistem Smart Key Keyless Ignition.

yamaha

Jadi, kepada peminat  bidang automotif, jangan lepaskan peluang untuk memiliki Skuter Yamaha X-Max 250 ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Pandulaju.com.my

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here