Tidak dinafikan zaman sekarang, wang adalah segala-galanya. Dengan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.

berjimat cermatBerjimat cermat dalam perbelanjaan perlu ditanam dalam diri sendiri. Tak ada siapa dapat berubah, kecuali orang itu bertindak mengubah diri sendiri.

Loading...

Perlukan Panduan dan tips untuk jimatkan wang anda?

Disini, kami kongsikan 5 tips mudah sebagai panduan untuk anda,

1. Pelan makanan harian anda dengan bijak.

Anda pernah kira jumlah belanja harian untuk makanan sahaja (breakfast, lunch, dan dinner)?

Ramai yang mengaduh. Masa “lunch” sahaja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam (silap-silap lebih RM30 – RM50 sehari).

Inilah realiti. Harga makanan dah semakin mahal.

Salah satu caranya bawa bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat. Selain itu, anda boleh bawa dengan kuantiti yang banyak, pilihan yang pelbagai dan juga murah. Selain itu, kebersihan lebih terjamin sebab masak sendiri dari rumah, kan?

Bayangkan, kita boleh jimat hingga RM50 seminggu. Cuma perlu keluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja.

Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul?

Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita.

Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Best kan?

2.  Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.

Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat.

Tak semua orang suka simpan resit, atau merekod (menulis) setiap perbelanjaan dalam buku nota.

Dan tak perlu terkejut. Setiap perbelanjaan kecil adalah sebab utama yang selalu koyakkan bajet kita.

Cuba perhatikan semula. Adakah kita selalu beli air mineral, kopi, snek seperti gula-gula, atau sebagainya?

Dah cuba jumlahkan kos ini? Berapa jumlahnya untuk tempoh sebulan? Dan untuk kes biasa, jumlah ini tak sikit dan mampu kacau kesihatan kewangan kita.

Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”.

Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah.

BACA JUGA :   ECRL Lancarkan Kempen Sasar 70 Peratus Peluang Pekerjaan

Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita.

berjimat cermat

3.  Jenama tak terlalu penting.

Mari kita kaji dan kira. Berapa banyak duit yang kita habiskan untuk membeli barangan isi rumah (toiletries) setiap bulan?

Kalau nak buat perbandingan, barangan isi rumah yang tak berjenama dah cukup memadai untuk kita gunakan.

Ia berikan fungsi yang sama, dan kita tak perlu membayar kos ekstra untuk jenama yang terkenal.

Banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri (seperti Tesco dan sebagainya) untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju, atau lain-lain barangan isi rumah.

Jika ikut trending, kita tak akan terkejar

Bayangkan berapa banyak anda boleh berjimat sekiranya anda membeli barangan tanpa jenama tetapi yang berkualiti.

Dan tak perlu terkejut. Kadang-kala, ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama.

Bukan takat boleh buat kerja rumah macam biasa. Malah boleh jimatkan banyak duit kita. Boleh mula menyimpan sikit-sikit, daripada tak menyimpan langsung.

berjimat cermat

4.  Latih diri menahan nafsu berbelanja.

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot.

Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan.

Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas gunakan banyak duit.

Mungkin tabiat suka membeli barangan tidak perlu atau tidak tahu fungsinya, perlu dibuang untuk mengelakkan berlaku pembaziran pada wang anda dan akhirnya barangan itu rosak dan terbuang begitu sahaja.

Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri. Kalau sanggup buat, kita masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus merosot.

Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli.

Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.

5. Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu.

Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi.

BACA JUGA :   4 Tips Untuk Anda Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadhan

Antara contoh yang boleh kita buat seperti:

  • Kurangkan melepak kat luar pada hujung minggu,
  • tak ke pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar,
  • kerap memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.

Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh.

Beri perhatian kat perkara seperti keahlian gym, pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya.

Kalau tak kerap ke gym, potong keahlian ini daripada terus membazir. Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar.

Selain itu, bagi pengemar hobi yang memerlukan kos yang tinggi atau bajet yang banyak, mungkin anda perlu fikir jalan lain atau kurangkan melakukan aktiviti tersebut.

Kepada kaum wanita, kurangkan membeli barangan tidak perlu terutamanya barang make-up anda. Beli untuk kegunaan sahaja. Tetapi jangan pulak barangan make-up tidak berkualiti semata-mata mahukan harga yang murah. Ia akan mengakibatkan perkara yang buruk pulak.

berjimat cermat

Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik.

Anda hanya perlu tahu membezakan keperluan dan kehendak, yang mana perlu didahulukan?

Kalau ambil mudah tentang perkara ini, tak mustahil aliran kewangan korang bakal terganggu secara negatif.

Kehendak boleh dicapai dengan amalan menabung. Anda hanya perlu buat rancangan seperti menabung dengan mengasingkan setiap keperluan dan kehendak seperti rumah, percutian, perubatan, pendidikan dan sebagainya.

Anda dikurniakan akal dan fikiran yang waras. So, rancanglah kewangan anda hari ini, demi untuk masa hadapan anda. Ekonomi hidup yang baik bermula dengan anda sendiri, bukan orang lain.

berjimat cermat

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Gila Hartanah

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here