pembedahan plastik

Disebabkan wajah seorang pelakon dikatakan kurang cantik, dan sering mendapat komen-komen negatif di laman sosial. Pengurusnya bertindak memberikan cadangan supaya pelakon tersebut buat pembedahan plastik untuk tampil lebih cantik.

 

Jeon So Min yang juga merupakan anggota Running Man mendedahkan cadangan yang pernah diberikan kepadanya.

pembedahan plastik
Running Man Programme

Setelah dicadangkan untuk buat pembedahan plastik, pelakon Jeon So Min terus pergi berjumpa dengan doktor pakar pembedahan kosmetik untuk mendapatkan nasihat tentang perkara tersebut.

Walaupun sudah bertemu dengan pakar kosmetik tersebut, beliau tetap dengan pendirian supaya terus kekal dengan wajah aslinya daripada membuat sebarang perubahan. Beliau bersyukur kerana memiliki wajah seperti sekarang dan tidak perlu lagi membuat pembedahan untuk tampil lebih cantik.

BACA JUGA :   Pembedahan Nipiskan Bibir Kini Jadi Trend Terbaru Wanita Di Asia

pembedahan plastik

Untuk membuat pembedahan plastik ia memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi dan perlu membuat pembedahan semula apabila cukup lima tahun. Namun begitu, pembedahan kosmetik juga begitu menyakitkan, setelah menjalani pembedahan mereka juga terpaksa menahan kesakitan satu hari hingga enam bulan.

Luahan Jeon So Min dengan menyatakan, “saya menerima begitu banyak cemuhan dan kritikan daripada masyarakat mengenai wajah saya. Antaranya, mereka mengatakan bahawa saya tidak sesuai menjadi pelakon kerana tidak memiliki wajah cantik.

“Selepas itu saya pergi berjumpa dengan pakar pembedahan kosmetik untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut,” jelasnya.

pembedahan plastik
Jeon So Min

Sehingga kini beliau tetap tidak membuat sebarang perubahan pada wajahnya untuk tampil lebih cantik.

BACA JUGA :   Pembedahan Nipiskan Bibir Kini Jadi Trend Terbaru Wanita Di Asia

Perkongsian itu dibuat oleh pelakon dan juga anggota kepada Running Man ketika menjadi tetamu jemputan bagi sesi bua bicara ‘Life Bar’ menerusi tVN baru-baru ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here