Skyscraper

Filem Skyscraper bakal ditayangkan secara umum pada pertengahan tahun 2018 ini. Dibintangi oleh Dwayne Johnson atau dikenali dengan nama popularnya The Rock. Filem itu telah melancarkan ‘official trailer (HD)’ semalam, tapi peminat filem lebih tertarik pada poster yang dikeluarkan dan banyak memberi komen pada poster tersebut.

Official trailer Skyscraper yang dibintangi oleh The Rock menunjukkan banyak aksi-aksi menarik yang pastinya memukau mata siapa sahaja yang melihatnya.

Kembali pada komen mengenai poster filem yang digunakan memperlihatkan The Rock sedang melompat dari satu arah menuju ke arah bangunan tinggi berdekatannya apabila beliau cuba menyelamatkan diri dari terkena tembakan yang dilepaskan oleh lawannya.

Ramai yang memberi komen pada poster tersebut, salah seorang itu adalah James Smythe yang mula memuat naik poter di laman Twitter peribadinya.

Skyscraper
gambar lakaran garisan (merah, hijau, kuning) menunjukkan keadaan sebenar apabila The Rock melompat pada jarak dan ketinggian seperti itu, menurut James Smythe

Jelas dilihat dalam tayangan Skyscraper, keupayaan The Rock melompat pada jarak dan ketinggian seperti itu telah melawan hukum fizik. Itu adalah kesalahan sepatutnya diteliti terlebih dahulu sebelum menggunapakai poster tersebut.

Dalam akaun Twitter James Smythe, beliau telah memberikan gambaran jelas mengenai lompatan The Rock. Di mana dia akan jatuh apabila melompat pada jarak dan ketinggian seperti itu.

Skyscraper
komen James Smythe di akaun twitter

Melalui perkongsian dibuat oleh James Symthe, kini semakin tular dan mendapat perkongsian lebih 15 ribu kali setakat ini. Kritikan ini bukanlah James seorang saja namun ramai lagi yang turut sama memberikan pandangan dan kritikan.

Kini The Mother Of All Nerds cuba mengumpul lebih banyak lagi komen-komen daripada para pengguna media sosial berkenaan filem Skyscraper.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : vocket

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here