Sumber foto : The Star Online

Apa itu SIP ?

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dikuatkuasakan tahun ini, adalah satu skim kewangan yang membantu pekerja yang diberhentikan sehingga enam bulan. Dengan erti kata lain, pekerja yang diberhentikan akan menerima peratusan daripada gaji terakhir mereka, setiap bulan sehingga mereka dapat pekerjaan semula atau sehingga enam bulan menganggur.

SIP

Loading...

SIP dibiayai menerusi caruman daripada majikan dan pekerja. Pada masa ini, majikan membayar 0.2% daripada gaji pekerja sementara pekerja juga menyumbang 0.2% dalam skim itu. SIP diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Skim itu membabitkan 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja.

Bagaimana SIP Boleh Disalahgunakan Majikan ?

Hakikatnya, sistem insurans pekerjaan yang sepatutnya bertujuan untuk melindungi pekerja, mungkin dimanipulasikan oleh majikan untuk memberhentikan para pekerja.

Jika diteliti, sistem itu tidak mengandungi perlindungan khas yang melarang majikan memberhentikan pekerja atas alasan yang tidak munasabah. Justeru, ini mencetuskan kebimbangan bahawa lebih ramai pekerja akan dibuang pada tahun 2018 berbanding tahun lalu apabila majikan menjadikan SIP sebagai alasan untuk memberhentikan pekerja.

BACA JUGA :   Najib Umum ‘Hadiah’ Untuk Pekerja Swasta Sempena PRU 14

Ini ditambah lagi dengan keputusan kerajaan baru-baru ini yang membenarkan syarikat dalam sektor pembuatan untuk menggaji 100% pekerja asing dalam pengeluaran produk mereka.

SIP
Kredit foto : Karim Sahib/AFP

Majoriti mereka yang akan diberhentikan adalah kelompok pendapatan Bawah 40, yang mempunyai pekerjaan separuh mahir dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

MTUC mendapati kebanyakan syarikat mengurangkan pekerja rakyat Malaysia dan menggantikan dengan pekerja asing dengan bayaran gaji lebih rendah. Bahkan, perkara tersebut sudah menjadi satu trend pada masa kini.

SIP

“Kami sokong SIP tetapi kami tidak mahu ia disalahgunakan. Kami mahu SIP ada perlindungan sosial di mana majikan tidak boleh menyalahgunakan skim tersebut,” kata Setiausaha Agung MTUC, J Solomon.

“Kerana dengan skim ini, majikan sekarang boleh cakap pada pekerja ‘saya akan berhentikan kamu kerana sekarang kamu boleh dapat duit daripada SIP. Kami tidak mahu mereka gunakan alasan itu sebagai laluan mudah untuk kurangkan tenaga kerja,” katanya lagi

Kaitan SIP Dengan 50,000 Pekerja Bakal Diberhentikan Tahun Ini

Menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), sehingga September 2017 seramai 30,700 orang hilang pekerjaan. Tahun ini, Pengarah Eksekutif MEF Shamsudin Bardan berkata sejumlah 50,000 pekerja mungkin diberhentikan.

BACA JUGA :   Najib Umum ‘Hadiah’ Untuk Pekerja Swasta Sempena PRU 14
SIP
Dijangkakan 50,000 pekerja bakal diberhentikan tahun ini

Shamsudin sebelum ini berkata 2018 akan terus menjadi tahun mencabar bagi pencari kerja kerana syarikat terpaksa berdepan dengan kenaikan kos operasi, dan salah satunya ialah SIP.

Solomon berkata MTUC mendesak kerajaan memasukkan elemen kod tatalaku untuk keharmonian industri ke dalam sistem itu bagi mengelak berlakunya salah guna. Satu bahagian kod menyatakan cara untuk majikan, kesatuan dan pekerja untuk bekerjasama bagi mengelak berlakunya kes buang pekerja.

SIP
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon.

“Jika kementerian kita terus-terusan membenarkan majikan menggantikan pekerja tempatan dengan warga asing, maka akan bertambah lagi mereka yang hilang pekerjaan,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here