Zika merupakan virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes aktif-siang. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau penyakit Zika.

Zika

Loading...

Penyakit ini mula dikenali dan diketahui di khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an. Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi, dimana ia dirawat melalui rehat dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin.

Kemungkinan besar, bayi dijangkiti virus Zika akan mengalami kerosakan otak yang amat teruk. Walaupun symptom utama tidak dapat dikesan iaitu berkepala kecil, menurut kajian dijalankan ke atas monyet.

Zika

Hal ini bermakna, kanak-kanak yang mengalami kerosakan otak mungkin tidak dapat dikenal pasti dan mereka terlepas terapi memperbaiki kehidupan, menurut saintis yang melaporkan dalam jurnal sains Nature Medicine.

Kriteria terkini menggunakan saiz kepala untuk mendiagnosis kecederaan berkaitan dengan otak akibat Zika gagal menemui kerosakan yang ketara. Perkara ini akan menjurus kepada masalah pembelajaran dan gangguan kesihatan mental di kemudian hari.

Zika

“Kita hanya mendiagnosis pada permukaan sahajaā€¯ kata penulis utama kajian, Kristina Waldorf dari Sekolah Perubatan Universiti Washington di Seattle.

Waldorf dan pasukannya, menganalisis otak 5 janin monyet yang mana ibu mereka dijangkiti virus Zika.

Monyet dianggap model haiwan lebih dekat untuk menunjukkan kehamilan manusia.

Zika

Hanya satu daripada janin monyet itu menunjukkan kecacatan fizikal pada peringkat awal, namun imbasan imej resonans magnetik (MRI) kemudian mendedahkan, 4 daripada lima otak janin itu tidak berkembang seperti kebiasaannya.

Bahagian otak yang paling terjejas adalah bahagian di mana sel otak baharu dijana.

Zika

Kerosakan tidak ketara akibat virus ini ketika perkembangan janin atau kanak-kanak mungkin tidak kelihatan selama beberapa tahun, namun mungkin menyebabkan kelewatan neurokognitif dalam pembelajaran dan peningkatan risiko mendapat gangguan neurologi seperti skizofrenia dan awal dementia (nyanyuk).

Zika

“Penemuan ini menekankan lagi perlunya tindakan segera untuk adanya satu vaksin berkesan bagi mencegah jangkitan virus Zika,” kata rakan Waldorf dan penulis bersama, Lakshmi Rajagopal.

Sejak Zika meletus dalam skala besar pertengahan 2015, lebih 1.5 juta orang dijangkiti virus terbabit, kebanyakannya di Brazil dan negara lain di Amerika Selatan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here