Pasukan polis China telah disediakan dengan teknologi baru. Mereka akan menggunakan kaca mata hitam yang berteknologi tinggi bagi mengenal pasti pesalah di stesen kereta api yang padat dengan penumpang.

Penggunaan teknologi terbaru itu bagaimanapun mendapat perhatian kumpulan hak asasi manusia yang khuatir dan mengatakan ia adalah salah satu pencabulan hak manusia.

Teknologi

Setakat ini teknologi baru berkenaan berjaya membantu pihak polis menangkap beberapa suspek yang terbabit dalam pelbagai jenayah termasuklah kes pemerdagangan manusia, kes langgar lari dan kad pengenalan palsu.

Sistem terbabit adalah sebahagian daripada usaha China untuk membina sistem pengawasan digital menggunakan data biometrik terdiri daripada foto, imbasan mata dan cap jari bagi mengesan pergerakan semua rakyat negara itu.

Teknologi

Pembangunan pesat teknologi seumpama itu permintaan yang diterima semakin meningkat dan meluas, termasuk dari kalangan sektor lain seperti gimnasium, restoran dan tandas awam.

Kaca mata hitam itu digunakan oleh empat pegawai polis di pintu masuk stesen timur Zhengzhou.

Ia dilengkapi dengan kamera yang dihubungkan kepada peranti khas seperti telefon pintar bagi membolehkan pegawai berkenaan merakam foto suspek sebelum dibandingkan bersama pangkalan data di ibu pejabat.

Teknologi

Moga dengan teknologi ini, banyak jenayah yang boleh dibanteras.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here