Perdana Menteri, Najib Razak bersama Presiden China, Xi Jinping

Projek Pelaburan China Tumbuh Bagai Cendawan Selepas Hujan

Peningkatan dalam pelaburan China di Malaysia, bukanlah bermakna bahawa negara ini sedang digadaikan kepada kuasa besar itu.

Namun, sesetengah daripada kita tidak melihat perkara tersebut dari segenap sudut pertumbuhan ekonomi. Maka, ramai yang mempunyai persepsi yang salah mengenainya.

Sumber foto : Free Malaysia Today

Persepsi seperti itu adalah salah kerana sesebuah negara sememangnya memerlukan pelaburan untuk maju ke hadapan. Sehingga hari ini, Malaysia masih menerima sejumlah besar pelaburan langsung asing dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Singapura tetapi pelaburan China menjadi semakin penting sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana dasarnya yang menggalakkan pelaburan di luar negara.

Jika dilihat, China pada masa sekarang sudah menjadi sebuah negara berekonomi kukuh dan merupakan salah satu kuasa ekonomi besar dunia.  Ia boleh melabur di mana sahaja yang mereka mahu, tetapi mereka memilih Malaysia. Ini adalah disebabkan hubungan diplomatik yang kukuh antara Malaysia dengan China.

pelaburan china
Sumber foto : Astro Awani

Ekonomi China dilihat berkembang dalam kadar yang perlahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan pelaburannya di luar negara adalah pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi mereka pada masa akan datang.

BACA : 10 Projek Mega Yang Membuktikan Cengkaman China Ke Atas Ekonomi Malaysia

Jika China hanya melabur untuk jangka masa pendek, tidak mungkin mereka hendak melabur di Malaysia. Mereka sedar akan potensi pelaburan yang dapat dicapai dan ia tentunya memberi satu petunjuk yang baik buat ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang.

Dalam hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju, sokongan daripada kuasa ekonomi dunia akan menjadi perangsang utama kepada pembangunan ekonomi sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa negara maju sebelum ini seperti Korea Selatan dan Singapura yang turut bergantung kepada pemindahan teknologi dan modal dari negara-negara maju yang lain.

pelaburan china

Antara pelaburan China yang besar di Malaysia adalah projek pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang sehingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan dan juga pelaburannya dalam Proton Holdings Bhd.

pelaburan china
Sumber foto : Free Malaysia Today

Pada Mei lepas, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd dari China yang juga pemilik Volvo Car Group, Sweden telah membeli 49.9 peratus pemilikan dalam Proton daripada konglomerat DRB-HICOM Bhd.

Peranan China dalam Proton, sebagai contoh, adalah satu perkara yang baik. Lihat sahajalah bagaimana pemilikan China ke atas Volvo telah merubah syarikat pengeluar kereta yang berpusat di Sweden itu menjadi semakin maju. Hasil yang sama juga tidak mustahil akan terjadi kepada Proton dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang.

pelaburan china

Justeru, dakwaan bahawa lambakan pelaburan China akan membuatkan negara ini tergadai adalah meleset sama sekali.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini dan isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

BERNAMA
Astro Awani
Utusan

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here