Kecundang Merebut Kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Dalam notis terbaru, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan bahawa 15 buah negara telahpun dipilih untuk menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC).

Walaubagaimanapun, Malaysia gagal mendapat tempat setelah tewas kepada Afghanistan, Nepal, Pakistan dan Qatar dalam merebut kerusi yang dipertandingkan.

Majlis Hak Asasi Manusia
Sumber foto : The Malaysian Insight
Loading...

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang gagal daripada 16 negara yang bersaing. Ini merupakan kali ketiga Malaysia membida kerusi untuk Majlis Hak Asasi Manusia PBB selepas tewas pada 2006-2009 dan 2010-2013.

Menurut kenyataan PBB, undian Perhimpunan Agung dibuat secara undian rahsia dalam kalangan 193 negara.

Majlis Hak Asasi Manusia

  BACA : Adakah Lambakan Pelaburan China Jadi Bukti Bahawa Negara Sedang Tergadai ?

Ahli yang baru dipilih untuk Majlis Hak Asasi Manusia Geneva adalah Afghanistan, Angola, Australia, Chile, Republik Demokratik Kongo, Mexico, Nepal, Nigeria, Pakistan, Peru, Qatar, Senegal, Slovakia, Sepanyol dan Ukraine.

BACA JUGA :   Azmin Dedahkan Faktor Kemenangan Pakatan Harapan Pada PRU14

15 ahli baharu dipilih berdasarkan kuota untuk empat kerusi setiap satu untuk Afrika dan kawasan Asia Pasifik, tiga kerusi untuk Amerika Latin dan negeri Caribbean, dua untuk negara timur Eropah dan dua untuk barat Eropah dan negara lain.

Majlis Hak Asasi Manusia

Daripada 5 buah negara yang merebut 4 kerusi bagi rantau Asia Pasifik, Nepal mendapat undian paling banyak dengan 165 undi diikuti dengan Qatar yang mendapat 155 undi. Di tempat ketiga pula Pakistan (151 undi) dan kerusi terakhir dipegang oleh Afghanistan (130 undi). Malaysia menerima 129 undi.

Kesemua negara akan berkhidmat dalam tempoh tiga tahun bermula 1 Januari, 2018 sehingga 2020

Sememangnya kegagalan Malaysia dalam usaha diplomatiknya mencetuskan pelbagai tanda tanya dan Parlimen menggesa Menteri Luar, Dato’ Sri Anifah Aman untuk menjelaskan punca kegagalan itu dalam masa terdekat ini.

BACA JUGA :   Malaysia Bakal Kenakan Cukai Ke Atas Penggunaan Google Dan Facebook
Menteri Luar Malaysi, Datuk Seri Anifah Aman

Beliau juga dijangka mengemukakan kos bagi Malaysia untuk melobi dan berkempen bagi tujuan tersebut di Parlimen kelak.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :
The Malaysian Insight
MalaysiaKini
The True Net

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here