Kini Giliran Shafie Apdal Pula Disoal Siasat

Shafie Apdal kini telahpun dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat susulan kes songlap dana kerajaan sebanyak RM 1.5 bilion untuk projek membantu rakyat miskin di Sabah.

Presiden Parti Warisan Sabah itu dijangka akan terbang ke Kota Kinabalu sebelum melaporkan diri kepada SPRM Sabah.

Shafie apdal
Kredit foto ; The Malaysian Insight
Loading...

Sebelum ini, Shafie sudah menjangkakan bahawa dirinya lambat laun akan dipanggil SPRM berhubung penyelewangan  RM 1.5 bilion, salah satu kes korupsi yang terbesar di Malaysia.

Umum mengetahui bahawa dana itu disonglap antara tahun 2009-2015. Pada ketika itu, Shafie Apdal masih memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Meskipun beliau sebelum ini menafikan terlibat dengan skandal tersebut, namun beliau pastinya tahu selok belok ke mana wang itu diseleweng memandangkan dana itu disalurkan kepada KKLW sendiri untuk projek-projek di Sabah.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa BN Dijangka Menang Mudah Di Sabah

Baru-baru ini, dua orang adik beradik Shafie iaitu Hamid Apdal dan Yusof Apdal juga telah direman SPRM berhubung skandal yang sama.

Adik Shafie, Hamid Apdal yang direman baru-baru ini

Adakah Keluar Daripada UMNO Punca Shafie Disabitkan ?

Shafie dengan lantang menegaskan bahawa beliau sudah menjangkakan akan ada usaha untuk menggulingkan masa depan politiknya sebaik sahaja beliau keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Shafie apdal
Kredit foto : The Malaysian Insight

Beliau juga mendakwa siasatan SPRM adalah bersifat tidak telus dan bermotifkan politik.

“Saya tahu SPRM sedang digunakan sebagai satu alat kerajaan”

“Keputusan sudah dibuat. Pilihan raya sudah dekat,” tambah Shafie.

Di samping itu, Shafie juga meluahkan rasa tidak puas hati kepada SPRM kerana bertindak keterlaluan dengan menahan rakan, saudara-mara serta ahli keluarganya.

Sumber foto : Free Malaysia Today

Respon SPRM 

Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad walaubagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan bahawa serbuan SPRM tidak bermotifkan politik. Ini dapat dibuktikan apabila SPRM bukan sahaja menahan ahli Warisan tetapi juga ahli UMNO.

BACA JUGA :   Shafie Apdal Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi Sebaik Sahaja Ditahan SPRM
BACA : Sejauh Manakah SPRM Berkuasa Melawan Politik Wang Di Malaysia ?

“Siasatan kami adalah berdasarkan bukti dan bukannya parti politik”, ujar Dzulkifli.

SPRM kini sedang menyiasat lebih 350 projek pembangunan di Sabah yang diberikan oleh KKLW kepada 60 buah syarikat di antara tahun 2009 hingga 2015.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad

Setakat ini, sudah 45 orang telahpun disiasat dan diambil keterangan oleh SPRM.

Semoga mana-mana individu-individu yang terlibat dalam skandal penyelewengan wang ini akan dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan harga Terendah Di Malaysia !
Daulah.com

Sumber :

Artikel ini dipetik dan diolah daripada The Malaysian Insight.

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here