Pendapatan Ideal Di Zaman Ekonomi Sekarang

Pernahkah anda terfikir, berapakah jumlah pendapatan yang sepatutnya anda ada untuk membeli sebuah rumah dengan situasi ekonomi sekarang ini ?

Menurut satu kajian, anda harus sekurang-kurangnya mempunyai pendapatan RM 10,757 sebulan sekiranya anda ingin membeli rumah harga mampu milik di Malaysia.

rumah
Sumber foto : Malaysian Digest

Angka tersebut dikeluarkan oleh  Demographia International Housing Affordability Survey, yang menjelaskan bahawa harga sebuah rumah hanya dianggap berpatutan jika harganya tidak melebihi tiga kali ganda jumlah pendapatan tahunan isi rumah.

Berdasarkan data daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah, purata harga rumah di Malaysia pada 2016 ialah RM387,258 manakala purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia ialah RM5,228 sebulan.

pendapatan

Ini menjadikan harga purata rumah di Malaysia sangat tidak berpatutan berdasarkan bancian daripada Demographia International Housing Affordability Survey. Jika melihat kepada median  pendapatan isi rumah rakyat Malaysia, harga sebuah rumah mampu bilik haruslah diletakkan pada harga RM188,208.

BACA : Jumlah Gaji Minimum Baharu Bagi Pekerja Swasta Akan Diumumkan Tahun Hadapan

Malangnya, seramai 78% rakyat Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000 manakala 41% kurang daripada RM5,000.

Harga purata tertinggi bagi sebuah rumah adalah di Kuala Lumpur dengan harga melebihi RM700,000 seunit.

Sumber foto : Rumah Hokie

Lebih membimbangkan, Sabah dan Sarawak juga menerima kesan daripada kenaikan harga rumah yang melambung tinggi ini walaupun median pendapatan isi rumah di sana hanyalah RM4,100 sebulan jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur, yang berjumlah RM9,073.

Kerajaan walaubagaimanapun telah melancarkan pelbagai langkah untuk mengatasi kenaikan harga rumah seperti memperkenalkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan mewujudkan pelbagai projek pembinaan rumah harga mampu milik.

Sumber : mfasuria

CKHT merupakan satu cukai yang dikenakan oleh kerajaan untuk membendung aktiviti spekulasi yang mempunyai tekanan ke atas harga hartanah.

Penganalisis kewangan dan pemerhati ekonomi meramalkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pendekatan khas untuk mengatasi masalah ini melalui Bajet 2018 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober nanti.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here