Gaji Minimum Akan Diubah

Gaji minimum baharu bagi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan akan diumumkan pada tahun hadapan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

gaji minimum
Sumber foto : The Star Online

Langkah itu adalah bagi merapatkan jurang gaji minimum di sektor swasta supaya dapat diselaraskan. Buat masa sekarang, kadar gaji minimum bulanan pekerja di Semenanjung Malaysia adalah RM1,000 manakala RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Loading...

gaji minimum

Sehubungan dengan itu, Kementerian Sumber Manusia telah menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang bertanggungjawab menyelidik dan mengkaji aspek gaji minimum di Malaysia.

MGPN sudah mula menyediakan perancangan untuk mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2016 bagi membolehkan kerajaan menetapkan kadar gaji baharu yang selaras dengan keadaan perkembangan ekonomi negara.

Semakan itu mengambil kira bebanan kos sara hidup dan juga kos operasi yang perlu ditanggung majikan untuk membayar gaji pekerja di negara ini.

BACA JUGA :   Ini Jumlah Pendapatan Yang Anda Perlukan Untuk Beli Rumah Pada Zaman Sekarang

Di Malaysia, perintah gaji minimum dikaji sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun. Proses kajian semula ini dilakukan untuk melihat kepada keupayaan majikan untuk membayar gaji para pekerja. Tanggungjawab membayar gaji sebenarnya merupakan satu perkara yang sangat mencabar dalam memastikan dasar gaji memenuhi semua objektif.

Kalau dahulu, gaji minimum di Semenanjung adalah RM900 manakala Sabah, Sarawak dan Labuan ialah RM800. Pada 2016, jurang itu dikurangkan apabila ianya dinaikkan kepada RM1,000 di Semenanjung dan RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

BACA : 10 Industri Pekerjaan Yang Menawarkan Gaji Paling Lumayan Di Malaysia

Dengan penubuhan MPGN ini, ianya akan memberi kesan positif yang membolehkan kerajaan menjaga kebajikan sosial para pekerja di seluruh negara. Penguatkuasaan gaji minimum adalah aspek penting untuk memberi manfaat kepada golongan pekerja terutamanya golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40.

BACA JUGA :   Ini Jumlah Pendapatan Yang Anda Perlukan Untuk Beli Rumah Pada Zaman Sekarang

gaji minimum

Tidak lain tidak bukan, impian MPGN adalah merapatkan jurang gaji antara pekerja di Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan pada satu hari nanti. Impian ini dilihat boleh direalisasikan dengan pelantikan dua anggota MPGN masing-masing daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.

Diharapkan pengumuman gaji baharu nanti akan sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat Malaysia di zaman ekonomi yang serba mencabar ini.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Sumber :

BERNAMA

 

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here