shafie apdal

Shafie Apdal Bakal Dihadapkan Ke Muka Pengadilan ?

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkemungkinan akan ditahan sekiranya didapati terlibat dalam penyelewengan dana kebajikan kementerian itu antara tahun 2009 hingga 2015.

shafie apdal
Bekas Menteri KKLW, Datuk Seri Shafie Apdal

Minggu lalu, SPRM yang membuka kertas siasatan terhadap Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mendapati sebanyak RM1.5 bilion telah diseleweng  daripada RM7.5 bilion peruntukan kerajaan yang disalurkan antara 2009 hingga 2015.

Loading...

Menurut laporan, skandal songlap wang ini adalah antara yang terbesar di Malaysia. Peruntukan tersebut adalah untuk projek-projek infrastruktur rakyat miskin membabitkan bekalan air, elektrik dan pembinaan jalan raya di negeri Sabah.

Penyelewengan dana untuk kepentingan rakyat miskin di Sabah itu dilakukan menerusi pelbagai cara. Antaranya adalah melibatkan tuntutan palsu dan projek tertentu yang sengaja dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Berikutan itu, lebih 10 akaun yang mengandungi RM179 juta dibekukan dan setakat ini 7 individu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

BACA JUGA :   Skandal Felda Contoh Kaedah "Rompak" Duit Kerajaan - Tun M

Individu terbaru ditangkap baru-baru ini adalah Hamid Apdal iaitu adik kepada Shafie Apdal kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan akaun yang telah dibekukan. Jika difikirkan, sebenarnya agak tidak logik jika jumlah sebanyak itu berjaya disonglap tanpa pengetahuan menteri.

shafie apdal
Hamid Apdal, adik kepada Shafie Apdal didapati terlibat dengan akaun-akaun yang dibekukan. Sumber foto : The Malaysian Insight

Justeru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertegas menyatakan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada bukti diperoleh yang mengaitkan pembabitan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu.

BACA : Bekas Menteri ‘Kenduri’ Songlap RM1.5 Bilion Duit Rakyat Miskin ?

Terbaru, SPRM sedang meninjau loji bekalan air Sungai Intan bernilai RM45 juta yang termasuk dalam siasatan kerana dipercayai ada unsur rasuah di Kampung Sungai Intan.

Loji tersebut yang kononnya ‘siap’ pada tahun 2015 menimbulkan keraguan apabila dibina di sungai yang cetek, malah tiada sistem saliran untuk menyalurkan air kepada 4,000 penduduk di kawasan sekitarnya sehingga penduduk terpaksa bergantung kepada air perigi sejak 30 tahun lalu.

BACA JUGA :   SPRM Dapati Kementerian Kerajaan Bersubahat 'Songlap' RM 100 Juta Dana Projek Di Sabah
Loji Sungai Intan di Semporna, Sabah.

Sehingga hari ini, seramai 65 saksi telah dipanggil dan jumlah syarikat yang disiasat meningkat kepada 70 berbanding 60 sebelum ini.

Enam lagi yang ditahan ialah Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony, 46; bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Norhartarty Rahmat, 40; ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52; Ketua Wira Wa­risan, Datuk Mohd. Azis Jamman; Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony

Semoga SPRM dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh telus dan berani agar individu-individu yang bersalah merompak duit rakyat ini dibawa ke muka pengadilan.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Sumber :

Utusan Online

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here