Kena Darah Tinggi Pulak Dah

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH) kerana tekanan darah tinggi sejurus sahaja beliau ditahan SPRM Sabah.

Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan), Loretto J Padua, mengesahkan bahawa bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu dibawa ke hospital pada kira-kira jam 11.30 malam tadi.

shafie apdal darah tinggi
Kredit foto : BERNAMA
Loading...

“Beliau dibawa ke QEH2 malam tadi bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan doktor mendapati¬† beliau mengalami tekanan darah tinggi”

“Sehingga pagi ini beliau masih di bawah pemerhatian doktor di hospital tetapi keadaannya dilaporkan sudah semakin baik”, kata Loretto.

BACA JUGA :   SPRM Dapati Kementerian Kerajaan Bersubahat 'Songlap' RM 100 Juta Dana Projek Di Sabah

Mohd Shafie Apdal ditahan SPRM pada jam 9 malam semalam selepas dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah berhubung siasatan penyelewengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion.

shafie apdal darah tinggi
Sumber foto : Free Malaysia Today

Dana tersebut adalah membabitkan projek pembangunan rakyat miskin di Sabah yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui oleh Shafie Apdal pada tahun 2009 hingga 2015.

Beliau dijadualkan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, selepas solat Jumaat bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Sebelum ini, dua orang adik beradik Shafie iaitu Hamid Apdal dan Yusof Apdal juga telah direman SPRM berhubung skandal yang sama.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.

BACA JUGA :   Bekas Menteri 'Kenduri' Songlap RM1.5 Bilion Duit Rakyat Miskin ?

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia !
Daulah.com

Sumber :

Artikel ini dipetik dan diolah daripada Berita Harian dan NST.

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here