Jumlah Derma Setakat Ini

Rakyat Malaysia telah menyalurkan derma sebanyak RM7.6 juta kepada keluarga 23 mangsa yang terkorban dalam tragedi berdarah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada bulan lepas

derma
Sumber foto ; Utusan.com.my

Mengikut prosedur, duit hasil derma itu akan diserahkan kepada keluarga mangsa sebaik sahaja proses audit selesai.

Ini sekaligus menepis tohmahan bahawa pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran iaitu Mohd Zaid Mahmood yang sebelum ini didakwa menyeleweng wang derma tersebut.

derma
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran, Mohd Zaid Mahmood

Dakwaan tersebut sedikit sebanyak dikaitkan setelah keluarga mangsa dilaporkan tidak berpuas hati dengan pengurusan pusat tahfiz itu gara-gara tidak memberi perhatian kepada mereka setelah tragedi kebakaran yang meragut 21 orang murid dan 2 orang warden itu.

BACA JUGA :   Rakyat Malaysia Diminta Henti Sebar Gambar Dan Video Mangsa Kebakaran Di Pusat Tahfiz

Sehubungan dengan itu, Exco Yayasan Waqaf Malaysia, Mohd Asraf Safwan Kamaruzaman mencadangkan supaya Tabung Wakaf Pinta diwujudkan agar pengagihan derma yang lebih sistematik dapat dilakukan.

derma
Sumber foto : Astro Awani

Tidak dapat dinafikan, rakyat Malaysia sememangnya bermurah hati untuk menderma tetapi tidak dapat berbuat demikian selagi nombor akaun pusat tahfiz tidak diviralkan dan dihebahkan kepada orang ramai.

BACA : Keputusan Perbicaraan Kes Bakar Pusat Tahfiz : Hanya 2 Suspek Disabitkan Kesalahan Membunuh

Dengan penubuhan Tabung Wakaf Pinta, duit hasil derma tersebut akan disalurkan ke dalam sebuah akaun dan jawatankuasa yang diberi amanah akan mengagihkan wang tersebut menurut keperluan sesebuah pusat tahfiz sekiranya berlaku kecemasan dan tragedi yang tidak diingini.

Sementara itu, 6 daripada 7 suspek yang ditangkap kerana membakar pusat tahfiz itu telah didapati bersalah dengan 2 orang disabitkan kesalahan membunuh manakala 4 orang lagi bersalah kerana penyalahgunaan dadah.

BACA JUGA :   Keputusan Perbicaraan Kes Bakar Pusat Tahfiz : Hanya 2 Suspek Disabitkan Kesalahan Membunuh
derma
Sumber foto : BERNAMA

Lagi seorang suspek pula dibebaskan kerana kekurangan bukti kukuh. Mereka didapati positif dadah semasa melakukan jenayah itu termasuklah dadah jenis ganja dan methamphetamine, menurut laporan pendakwaan.

Mahkamah telah menetapkan tarikh 28 November ini untuk perbicaraan seterusnya.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Artikel ini dipetik dan diolah daripada The Malaysian Insight

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here