Sultan Johor Balas Kritikan Dr. Zamihan….

Umum mengetahui bahawa Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr.Zamihan kini ditahan kerana didapati menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim di dalam ceramahnya.

Dalam kuliah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, pada 8 Oktober, Dr Zamihan berkata bahawa “Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,”.

“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” tambahnya lagi.

zamihan
Sumber foto : Free Malaysia Today

Sehubungan dengan itu, Sultan Johor menyindir sinis dengan mempersoalkan adakah kerajaan perlu mengeluarkan wang kertas untuk orang Muslim sahaja sekiranya wang itu pernah dipegang oleh penjual babi dan arak ?

BACA JUGA :   Sultan Johor, Sultan Ibrahim Menerima Replika Harley-Davidson

“Jikalau kamu tidak boleh bertolak ansur soal agama, pergi hidup di dalam gua” – tegas baginda dalam ucapannya di Universiti Tun Hussein Onn beberapa hari yang lalu.

Sumber foto : Free Malaysia Today

Mesej tersebut adalah respon Sultan Ibrahim kepada Dr. Zamihan yang mengkritik baginda kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi layan diri di Muar menghentikan dasar “mesra Muslim” dan menganggap orang bukan Islam tidak bersih.

BACA : Sultan Johor Kini Pemilik Kedua Terbesar BERJAYA Assets Group

Baginda juga menyifatkan Dr. Zamihan sebagai ‘tin kosong’ yang angkuh dan tidak menghormati keharmonian kaum pelbagai agama di negara ini.

Walaubagaimanapun, Sultan Ibrahim sudahpun memaafkan beliau dan tidak mahu isu tersebut berpanjangan. Dr. Zamihan juga akur dengan keputusan Baginda namun menegaskan tindakan itu tidak sama sekali ‘melucutkan’ ilmu dan semangat perjuangan akidahnya.

BACA JUGA :   Presiden ASWAJA Nafi Hina Sultan Johor Berhubung Isu 'Dobi-Muslim'

Di dalam ucapan yang sama, Baginda juga mengumumkan bahawa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telahpun diarahkan untuk berhenti melakukan sebarang urusan dengan JAKIM.

Terbaru, Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju agar MAIS menarik balik pentauliahan kepada Dr. Zamihan, susulan kontroversi ceramahnya di Shah Alam itu, yang mengandungi perkataan bersifat rasis, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sumber foto : World of Buzz

Diharapkan semua pihak dapat bekerjasama agar isu ini tidak berlarutan dan dapat diselesaikan dengan aman.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseler Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Business Insider

Free Malaysia Today

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here