Langkah Bijak Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini merupakan pemegang saham kedua terbesar di Berjaya Assets Bhd dengan pemilikan sebanyak 10.9 peratus, setelah membeli 80 juta unit saham di dalam syarikat tersebut. Baginda kini memiliki 120 juta unit saham di dalam Berjaya Assets secara keseluruhan.

Sultan Johor
Berjaya Assets Group

Berjaya Assets Group adalah pemilik utama Berjaya Times Square, salah satu pusat perdagangan terbesar di Malaysia. Berjaya Times Square juga adalah tuan rumah kepada BTS Theme Park, taman tema berkonsepkan indoor terbesar di negara ini.

Sebahagian daripada Taman Tema indoor di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Di Johor Bahru pula, Berjaya adalah pemilik kepada Berjaya Waterfront Hotel, kompleks membeli belah dan terminal feri serta unit-unit pejabat di Menara Cyberport MSC.

Untuk pengetahuan anda, Sultan Johor juga merupakan pemilik kepada beberapa syarikat yang dipegang oleh billionaire Malaysia, Tan Sri Vincent Tan. Antara syarikat tersebut termasuklah rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd, syarikat telco REDtone International  dan juga U Mobile Sdn Bhd.

Sultan Johor
Sultan Johor juga pemilik kepada 7-Eleven Holdings dan U-Mobile Sdn Bhd

 

BACA : Mengapa 7-Eleven Gagal Di Indonesia Tetapi Berkembang Maju Di Malaysia ?

Justeru, Tan Sri Vincent Tan begitu teruja dengan komitmen yang diberikan Sultan Johor untuk pembangunan jangka masa panjang Berjaya Assets. Dengan status baginda sebagai pemilik kedua terbesar, pastinya bisnes syarikat Berjaya akan berkembang dengan lebih pesat.

Sultan Johor
Sumber foto : The Star

Melalui anak syarikat 100 peratus miliknya, Berjaya Assets Food Sdn Bhd, Berjaya Assets telah memperoleh perjanjian lesen dengan Greyhound Café Co Ltd untuk hak eksklusif bagi menubuh dan mengendali ‘Greyhound Café’ di Malaysia.

Restoran pertama Greyhound Café terletak di ANSA Kuala Lumpur dan restoran kedua telah dibuka di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berjaya Assets mendapat pulangan sebanyak RM356.36 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2017.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sultan Johor di atas kecemerlangan baginda di dalam dunia bisnes.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan info-info terkini dunia bisnes dan ekonomi dari dalam serta luar negara.

Facebook Comments

Loading...

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here