Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Hina  Sultan Johor Dalam Ceramah ?

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari menafikan bahawa beliau menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam ceramahnya yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Presiden Aswaja Malaysia, Dr. Zamihan

Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa beliau ada menggunakan perkataan kesat dan sebarang elemen yang bersifat hasutan terhadap Sultan Johor ketika memberikan pandangannya dalam isu dobi hanya untuk orang Muslim, yang hangat beberapa minggu lalu.

BACA : Sultan Ibrahim Kini Pemilik Kedua Terbesar BERJAYA Assets Group
Loading...

Walaubagaimanapun, Dr. Zamihan telahpun memohon maaf kepada Sultan Johor dan menyatakan kesediaannya untuk menghadap baginda pada bila-bila masa bagi menjelaskan perkara sebenar.

Dalam video yang dipaparkan di YouTube pada 8 Oktober itu, Dr. Zamihan didakwa mengkritik kerabat diraja yang mengarahkan supaya kedai ‘Dobi untuk Muslim’ di Muar itu ditutup.

BACA JUGA :   Pertubuhan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Malaysia (Aswaja) Puji Tindakan Sultan Johor Haramkan Penceramah Berfahaman Wahabbi Dan Menyeleweng
Johor
Sumber foto : Free Malaysia Today

Walaupun tidak menyebut nama Sultan Ibrahim secara spesifik, namun semua orang sudah sedia maklum bahawa kerabat diraja yang dimaksudkan adalah Sultan Johor.

Dr. Zamihan yang pernah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Ancaman Syiah’ pada persidangan Majlis Raja-Raja yang ke-323 berkata, beliau amat menghormati semua Sultan dan Raja di Malaysia, dan menganggap Sultan Ibrahim sebagai seorang yang berjiwa rakyat.

Johor
Sumber foto : The Edge Markets

Sementara itu, beliau menyelar beberapa portal dan akhbar tempatan kerana dilihat cuba menyerangnya secara peribadi serta memburukkan imejnya sebagai Presiden Aswaja.

Tidak dinafikan, cerita-cerita buruk itu sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan kebencian sesetengah pihak terhadapnya kerana beliau seringkali menegur sesetengah pihak dengan tegas berkaitan isu-isu agama.

BACA JUGA :   Sultan Johor Akui Terasa Dengan Kenyataan Tun M Berkaitan Penghinaan Orang Bugis

Sehubungan dengan itu, beliau memberi tempoh selama tujuh hari kepada pihak-pihak yang menuduhnya untuk menarik balik artikel dan tuduhan liar yang dikemukakan. Selain itu, Dr. Zamihan juga menuntut mereka supaya mengemukakan permohonan maaf kepadanya secara terbuka.

Diharapkan supaya kontroversi ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik-baik saja.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini dan isu viral dari dalam dan luar negara.


Sumber :

Sinar Online
New Straits Times

 

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here