kebakaran
Sumber foto : NST

Pusat Tahfiz Terbakar Lagi

Tidak sampai sebulan selepas tragedi berdarah Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur dan kebakaran di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Rembau, kali ini satu lagi sekolah tahfiz di Malaysia terlibat dengan kebakaran.

Dalam kejadian terbaru ini, tingkat pertama dorm lelaki di Pusat Tahfiz Nur Al-Quran di Rantau Panjang, Klang hangus dijilat api kira-kira pukul 2.30 petang.

Loading...

Walaubagaimanapun, tiada mangsa yang terkorban dalam kebakaran tersebut kerana 25 orang pelajar tahfiz itu berada dalam kelas mengaji al-Quran di tingkat bawah ketika kebakaran berlaku.

kebakaran
Sumber foto : NST

Kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah dorm sebelum api mula marak dan merebak ke seluruh aras dorm itu.

Pada mulanya, para pelajar mula menghidu bau asap dan mereka beranggapan itu adalah asap daripada pembakaran sampah di kawasan berdekatan.

Lama-kelamaan, mereka mula sedar bahawa api sedang marak di dorm mereka. Mereka cuba memadamkan api dengan bantuan jiran-jiran namun tidak berjaya kerana api sudah terlalu marak. Kebakaran tersebut telah memusnahkan beberapa almari dan perabot-perabot.

BACA JUGA :   Pakatan Harapan Dijangka Kekal Memerintah Selangor Atas Beberapa Sebab...
kebakaran
Sumber foto : NST

Jiran-jiran juga membantu mengalihkan tong gas di kawasan dapur bagi mengelakkan berlakunya letupan dan kebakaran yang lebih dahsyat.

Sehubungan dengan itu, bantuan akan diberikan kepada para pelajar terutamanya kerana kehilangan kesemua pakaian dan barangan mereka dalam kebakaran itu.

BACA : Keputusan Perbicaraan Kes Bakar Pusat Tahfiz : Hanya 2 Suspek Disabitkan Kesalahan Membunuh

Sebanyak 284 sekolah tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dijadualkan untuk diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan standard keselamatan dipatuhi.

kebakaran
Sumber foto : NST

Jabatan Bomba akan menjalankan audit keselamatan mengikut senarai yang berdaftar dengan JAIS. Walaupun begitu, orang awam juga diharapkan dapat memberikan kerjasama dengan melaporkan mana-mana pusat tahfiz yang tidak berdaftar kepada pihak berkuasa.

Berhubung kes kebakaran di Pusat Tahfiz Nur Al-Quran ini, pihak bomba mendapati beberapa aspek keselamatan di sekolah tersebut tidak menepati keselamatan. Pintu keluar dan tangga kecemasan yang disediakan didapati tidak sesuai. Tanda keluar pada dorm itu juga tidak disediakan.

BACA JUGA :   Keputusan Perbicaraan Kes Bakar Pusat Tahfiz : Hanya 2 Suspek Disabitkan Kesalahan Membunuh
kebakaran
Sumber foto : NST

Selain itu, tingkap di dorm juga ditutup sepenuhnya dengan gril besi. Keadaan di dalam dorm terlampau padat, dengan 15 katil dua tingkat diletakkan. Ini mempercepatkan lagi proses kebakaran kerana tilam-tilam berada berdekatan.

kebakaran
Sumber foto : NST

Justeru, semua pihak pengurusan pusat tahfiz di seluruh Malaysia haruslah mengutamakan aspek keselamatan dan jangan memandang remeh perkara-perkara yang ditetapkan oleh jabatan bomba. Jangan tunggu terhantuk baru nak terngadah.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Sumber :

New Straits Times

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here