Isu perobohan kuil Hindu telah mencetuskan kontroversi gara-gara dirobohkan selepas pemilik sah tanah itu mendapat perintah mahkamah setelah semua rundingan dengan pengurusan kuil itu menemui kegagalan.

Sumber: Awani

Kuil Hindu itu terletak di atas tanah milik persendirian di Bandar Seri Alam, Masai. Isu itu dapat diselesaikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Sultan Johor bertindak sebagai pendamai dalam mencari penyelesaian terhadap isu perobohan tersebut.

Usaha pendamai dilakukan ketika baginda berkenan menerima menghadap beberapa wakil Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar dengan diiringi Anggota Exco Negeri Johor, R. Vidyananthan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.

pendamai

Isu ini telah dianggap selesai setelah pihak pengurusan kuil bersetuju untuk berpindah ke tapah baharu yang telah disediakan oleh kerajaan negeri.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya bersama pengurusan kuil itu telah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu selepas melawat tapak seluas 0.404 hektar yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor di kawasan Seri Alam.

Menurut Datuk Seri Dr. S. Subramaniam,

Kita harap masyarakat India tidak terlalu emosi dalam berdepan dengan isu tersebut dan pada umumnya menerima penyelesaian ini dengan sebaiknya.

Dalam isu berkaitan, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata pihaknya juga bakal mengadakan sesi dialog bersama persatuan-persatuan India dalam masa terdekat bagi membincangkan isu seperti ini agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

pendamai
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Pihak MIC juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada menteri besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kesudian menyediakan sebidang tanah yang bernilai tinggi kepada pengurusan kuil terbabit.

Baginda juga menggesa semua pihak agar memberikan kerjasama penuh bagi menyelesaikan perkara itu secara baik dan tidak memperbesarkan perkara ini.

pendamai

 Sultan Ibrahim juga memaklumkan bahawa baginda dan Tunku Idris masing-masing turut berkenan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM100,000 dan RM70,000 kepada jawatankuasa kuil untuk menampung kos pemindahan kuil ke tapak baharu.

Sebelum ini, kerajaan negeri difahamkan menawarkan kepada pihak pengurusan kuil sebidang tanah baharu yang dirizabkan sebagai tapak kuil di Jalan Persisiran, Seri Alam tetapi ditolak oleh pengurusan kuil yang bertegas mahu kekal di tapak sedia ada.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: TheMalaysianDigest & Awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here