Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa mufti Wilayah Persekutuan ingin berjumpa dengan pelakon kontroversi Iqram Dinzly.

 

Dinyatakan pada 27 Disember lalu, Datuk Dr Zulkifli menjemput pelakon itu menerusi surat terbuka untuk itu hadir ke pejabatnya bagi membincangkan masalah yang sedang dihadapi olehnya selepas beberapa video aksi pelik yang disiarkan menjadi bualan utama di laman sosial.

tanda

Iqram Dinzly yang menggelarkan dirinya kini dengan panggilan Dr. Princhiqy Dinzly telah menjadi bualan hangat netizen Malaysia beberapa minggu ini.

Pada hari Sabtu yang lalu, pelakon ini bertemu dengan mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Iqram Dinzly juga memperoleh beberapa hadiah istimewa dari mufti Wilayah Persekutuan itu.

tanda
Sumber: Oh, Bulan!

Menurut laporan sebuah akhbar, Datuk Dr Zulkifli menghadiahkan Iqram dua ekor arnab dan beberapa buku yang dikarang olehnya kepada Iqram dan juga Johan As’ari yang turut hadir pada pertemuan berkenaan.

Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata,

Setiap tanda ingatan yang diberikan oleh kami, terdapat hasrat tertentu yang ingin disampaikan untuk mereka berdua.

Tambahnya lagi,

Kami hadiahkan beberapa buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandungannya.

Jubah dan kopiah yang dihadiahkan juga sebagai tanda agar mereka sentiasa istiqamah dan sentiasa bersemangat untuk beribadah. Selain itu, dua ekor arnab yang dihadiahkan kepada Iqram adalah sebagai tanda supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang.

tanda
Sumber: Oh, Bulan!

Dalam pertemuan dari hati ke hati itu juga dapat menjelaskan kemelut yang melanda pelakon tersebut yang sering menjadi perbualan hangat dan kisah sensasi di media sosial.

Pada masa yang sama, Datuk Dr Zulkifli berharap agar pelakon berkenaan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kami yakin bahawa di sana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan. Di samping itu, mengambil makrifah ilmu dengan sedalamnya. Sulami kehidupan kita dengan ketaqwaan dan ketaatan. Semoga kita sentiasa mendoakan sesama sendiri agar kita semua sentiasa diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here