Baru-baru ini tersebar berkaitan perilaku pelik yang dilakukan oleh pelakon, Iqram Dinzly. Perilaku peliknya mendapat perhatian netizen.

Mufti Wilayah Persekutuan mahu berjumpa dengan pelakon, Iqram Dinzly yang video peliknya tular di media sosial baru-baru ini.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjemput Iqram ke pejabatnya di Putrajaya dan sedia menawarkan bantuan yang diperlukan.

Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan

Zulkifli juga mengucapkan takziah atas pemergian bapa Iqram, Allahyarham Muhammad Saipuddin Ahmad Said baru-baru ini.

Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga

“Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi,” ujarnya sambil menambah pihaknya mengambil sikap berkecuali dalam soal video Iqram yang berlegar di media sosial sejak kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, menurut Zulkifli, pihaknya mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap Iqram.

“Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa LV (live video) saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir.

“Itu adalah hal yang amat baik kerana hanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang,” kata Zulkifli lagi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianGazette

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here