Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima satu set replika kenderaan dari siri animasi Flinstones, sebagai hadiah daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kenderaan yang diinspirasikan oleh kartun Hanna Barbara berkenaan diserahkan kepada baginda Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru semalam.

Untuk pengetahuan rakyat Johor, Flintstones adalah siri kartun kegemaran Tuanku Sultan Ibrahim, sementara Fred Flintstones pula adalah karakter yang paling digemari baginda di dalam kartun tersebut. Siri animasi itu ditayangkan di kaca televisyen sekitar tahun 1960-1966.

Sultan Johor
Siri animasi Flinstone

Minat Sultan Johor terhadap siri animasi Flintstone mula diketahui selepas terbinanya rumah Flintstone pada 2016. Hasrat baginda membina rumah berkenaan adalah untuk dijadikan tarikan pelancong ke Johor. Kini, replika kenderaan itu bakal menjadi sebahagian daripada koleksi kartun Flintstone milik baginda yang akan menghiasi rumah tersebut.

Didalam siri animasi berkenaan, kereta dipandu oleh watak utama, Fred Flintstone, digerakkan menggunakan ‘kuasa’ kaki tetapi kenderaan yang dihadiahkan kepada Sultan Johor mempunyai motor sendiri. Jika tidak, penatlah baginda nak mengayuhnya.

sultan johor
Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sekiranya hujan, kereta tersebut didatangkan lengkap dengan ‘bumbung’ kain dan skrin belakang berputar sebagai tingkap belakang,” tulis kenyataan yang disiarkan oleh Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Walaupun tidak serupa seperti rumah milik Fred dan Wilma, tetapi rumah yang siap dibina pada Disember 2016 itu cukup menitikberatkan aspek perincian batu. Ianya sekali gus menimbulkan suasana kartun Flintstone yang berkonsepkan kehidupan zaman batu purba.

Sultan Johor
Rumah Flintstone Sultan Ibrahim di Mersing.

Terletak di Mersing, rumah Flintstone milik baginda lengkap dengan ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, kolam renang serta padang bola sepak.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Sumber : Malaysian Digest

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here