QICKerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan surcaj SGD10 (RM40) kepada pengguna-pengguna kad Touch n Go yang membuat pengisian semula di kaunter Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata ini merupakan satu daripada cadangan yang dibincangkan dalam isu menangani kesesakan lalu lintas di kedua-dua pintu masuk berkenaan.

Loading...

“Kita mendapati mereka yang membuat pengisian semula di kaunter-kaunter CIQ ini akan meninggalkan kenderaan mereka terbiar di tepi jalan yang akan menyebabkan kita kekurangan satu aliran lorong lalu lintas yang akhirnya menjadi punca kepada kesesakan yang berlaku.

“Jadi penyedia perkhidmatan Touch n Go perlu menambah baik perkhidmatan mereka jika ingin mengenakan caj macam ini “.

QIC“Sekiranya mereka tidak mahu dikenakan caj, mereka perlu mengisi semula awal dan melakukannya di kaunter-kaunter isi semula yang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Taman Sutera Utama, di sini petang Isnin.

BACA JUGA :   Ibu Ditahan Kerana Melacurkan Anaknya Berumur 8 & 10 Tahun

Tambahnya, antara cadangan lain yang difikirkan ialah membina laluan pejalan kaki dari CIQ BSI ke CIQ Woodlands, menambah kaunter-kaunter keluar dan masuk dan meletakkan lebih ramai polis bantuan pada waktu puncak.

Ini kerana langkah menurunkan bayaran levi daripada RM200 kepada RM50, masih tidak dapat menyelesaikan isu kesesakan kerana infrastruktur di kedua-dua kompleks BSI dan KSAB tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang melalui kedua-dua pintu masuk.

QIC
Antara langkah lain memudahkan pergerakan kenderaan berat adalah dengan mengasingkan lori kelas satu dan lori kelas dua, selain mengubah suai kaunter tol untuk lori di laluan sedia ada iaitu enam lorong di BSI dan tujuh lorong di KSAB.

Ini kerana kaunter sedia ada tidak dapat menampung saiz lori yang panjang dan sukar untuk membuat pusingan. Di BSI misalnya, daripada enam lorong yang ada, hanya tiga lorong boleh dibuka bagi memudahkan lori membuat pusingan.

QICSelain itu, cadangan membina laluan khas untuk pejalan kaki mengambil kira mereka yang didapati berjalan kaki merentasi tambak terutamanya pada waktu puncak.

BACA JUGA :   Rantai Leher Ibu Hilang Ketika Dirawat, Individu Ini Kecewa Dengan Kakitangan Hospital Yang Tidak Jujur

“Laluan yang mereka gunakan itu laluan yang tidak selamat, maka JKR ketika ini sedang mencari cara bagaimana kita dapat memberikan kemudahan kepada pejalan kaki.

Selain itu, pihaknya akan meminta agar lebih ramai polis bantuan diletakkan di BSI dan KSAB bagi membantu melancarkan aliran lalu lintas khususnya kepada kenderaan berat kerana kesesakan hanya berlaku pada waktu puncak iaitu pukul 4.30 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 9 malam.

QIC
Tambahnya, kesemua cadangan ini boleh dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh enam bulan bagi melancarkan aliran trafik di kedua-dua CIQ.

“(Sebagai langkah jangka panjang) kita juga mencadangkan untuk menambah 10 lagi pintu masuk dan pintu keluar di BSI dan KSAB,” kata beliau.

Terdapat 38 pintu keluar dan 39 pintu masuk di BSI manakala 24 pintu keluar dan 24 pintu masuk di KSAB, tambah Hasni.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here