Berikutan isu melibatkan Menteri Besar Johor yang baharu, kenyataan yang dilakukan oleh Datuk Osman Sapian dalam siding media sebaik selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, seolah-olah beliau tidak menghormati pilihan rakyat di negeri ini.

Menteri Besar

Berikutan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta MB Johor yang baharu itu memperbetulkan kenyataan bahawa tiada peruntukan diberi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri Johor.

Tambah lagi, kerajaan PH yang baharu amat prihatin serta memahami masalah rakyat, walaupun berbeza ideologi dan latar belakang kaum.

Menteri Besar

Dasar PH adalah untuk kita laksanakan tanggungjawab dengan adil. Jika kawasan itu mundur dan perlukan bantuan, kita perlu bantu tanpa melihat latar belakang politik.

BACA JUGA :   Pendakwaan DS Najib: Bermulanya Perjalanan Sebuah Penentuan?

Rakyat telah memilih dan memberikan amanah kepada kerajaan PH untuk membantu rakyat secara adil serta saksama termasuk di kawasan pembangkang.

Menurut Muhyiddin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mahu tumpuan diberikan terhadap pelaksanaan tugas supaya kehidupan rakyat lebih baik.

Selain itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menegur MB Johor Baharu supaya memberikan peruntukan seadilnya kepada semua termasuk pembangkang.

Menteri Besar

Tambah Ahli Parlimen Muar itu, tidak wajar ada diskriminasi dalam penyaluran peruntukan pembangunan dan kerajaan Johor boleh mencontohi kerajaan Selangor yang memberikan peruntukan RM200,000 setahun kepada setiap ADUN pembangkang.

Menteri Besar

MB Johor masih baharu dan kita perlu memberikan beliau ruang dan peluang untuk memperbetulkan kesalahannya.

BACA JUGA :   Purata Tarif Asas Elektrik Kekal 39.45 sen Pada Tahun 2021

Sumber: Berita Harian

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here