Dalam keterujaan rakyat Johor menyaksikan perubahan pimpinan yang akan mentadbir negeri itu, timbul pula berita kurang enak buat pengundi Barisan Nasional di Johor apabila Menteri Besar Datuk Osman Sapian mengumumkan bahawa tiada peruntukan akan diberikan kepada ADUN dari BN.

Tindakan Datuk Osman Sapian itu boleh disifatkan sebagai langkah membalas dendam kerana semasa UMNO dan BN memerintah Johor sebelum ini, pembangkang ketika itu juga tidak diberikan sebarang peruntukan.

pengundi barisan nasional johor
Datuk Osman Sapian, Menteri Besar Johor yang baru dilantik.
Loading...

Justeru, ramai pihak dari parti Harapan sendiri mengecam sekeras-kerasnya tindakan MB Johor yang baru dilantik itu.

Menurut mereka, Osman Sapian perlu meninggalkan budaya BN dan melakukan transformasi dalam corak pemerintahan negeri demi rakyat Johor. Rakyat (pengundi Barisan Nasional) juga tidak wajar diperlakukan sebagai mangsa politik hanya kerana ada unsur-unsur tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah sebelum ini.

BACA JUGA :   Dalam Sejarah Hutang Negara Cecah 1 Trilion - Tun Mahathir

Sebaliknya, kerajaan Johor haruslah mencontohi Selangor yang tetap memberikan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di negeri itu.

Kerajaan Selangor bukan sahaja memberikan peruntukan kepada kawasan pembangkang tetapi memberikan elaun kepada ADUN BN malah menyediakan pejabat supaya dapat memberikan khidmat kepada pengundi mereka.

Rakyat mahukan pembaharuan yang menyeluruh dan bukan sekadar pembaharuan daripada segi slogan dan wajah para pemimpin sahaja. Jika hasrat rakyat itu gagal dibawa, jangan salahkan rakyat jika mereka menghumbankan Harapan sepertimana mereka menghumbankan BN beberapa hari yang lalu.

pengundi barisan nasional johor
Pakatan Harapan Johor.

Diharapkan agar kerajaan negeri Johor dapat mengubah budaya  politik tidak matang seperti ini dan kembali meletakkan 100% fokus terhadap pembangunan negeri dan kemaslahatan rakyat.

BACA JUGA :   Rupa-Rupanya Berita GST Dimansuhkan 1 Jun 2018 Adalah Palsu

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here