Kejujuran Cleaner Cetus Inspirasi

Di laman sosial, rata-rata netizen memuji tindakan seorang ‘cleaner’ warga Indonesia yang menyerahkan dompet mengandungi lebih RM12,000 yang ditemuinya di bilik persalinan bayi di tingkat tiga Kompleks Beli Belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam kejadian tersebut, pekerja yang dikenali sebagai Markina Samana, 43, langsung tidak mengetahui bahawa dompet yang ditemui sebenarnya mengandungi sejumlah wang yang banyak, sebaliknya segera menyerahkan dompet itu kepada penyelianya.

cleaner

“Saya tak membukanya kerana ia bukan milik saya dan tiada hak untuk melihat isi kandungan di dalamnya”, ujar Markina.

Markina berkata, dia hanya mengetahui mengenai jumlah wang tersebut selepas Unit Keselamatan Berjaya Times Square menyerahkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada hari sama dompet itu dijumpai.

Dompet tersebut mengandungi 30 keping dolar Amerika Syarikat dan beberapa keping wang kertas Syria.

Netizen menyatakan kejujuran yang ditunjukkan pekerja terbabit seharusnya mengubah persepsi buruk segelintir masyarakat terhadap pekerja pembersihan terutamanya warga asing yang sering menjadi sasaran setiap kali berlaku insiden kehilangan barangan.

Antara komen yang diberikan netizen;

cleaner cleaner

“Kadang-kadang orang pandang rendah pada pekerja ‘cleaner’, bila sahaja ada kes kehilangan barangan atau duit di pejabat, (orang) pertama sekali dituding dan dicari adalah ‘cleaner’.

“Alhamdulillah… terbukti kakak ini bekerja bukan semata-mata untuk mencari rezeki tetapi menjalankan amanah dengan berpegangkan kejujuran serta iman yang mantap. TAHNIAH,”

“Ini salah satu contoh bahawasanya ada juga orang Indonesia yang baik dan jujur. Kepada sesetengah orang yang suka sangat menghina dan memburukkan orang Indonesia hanya kerana salah seorang warga Indonesia buat hal”

BACA : Anda Pasti Terkejut Dengan Jumlah Derma Yang Disalurkan Kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Ini

Sesungguhnya, tindakan sedemikan perlu dijadikan tauladan dan dicontohi oleh pihak lain agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan jujur.

cleaner
Sumber foto : Malaysian Digest

Walaubagaimanapun, buat masa ini, pihak polis masih belum mengenal pasti siapakah pemilik dompet itu kerana tiada laporan kehilangan dibuat.

Semoga kejujuran yang dipamerkan cleaner warga Indonesia itu menjadi inspirasi kepada kita dan semua di luar sana untuk sentiasa melakukan kebaikan, bersikap jujur serta tidak mudah gelap mata apabila menemui barangan berharga.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here