Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Setiap tahun, berjuta-juta pelancong datang berkunjung ke Malaysia bagi menikmati keindahan warisan dan budaya yang terdapat di sini.

Pelancongan

Justeru, langkah agresif dalam meningkatkan sektor pelancongan di Malaysia haruslah dimantapkan lagi dengan lebih banyak mempromosikan industri makanan. Ini termasuklah kerjasama dari pihak hotel, restoran, chef serta pembekal-pembekal yang telah melaksanakan tugas dengan baik.

Jika semua pihak berganding bahu, maka status sektor pelancongan sebagai penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi negara akan dapat dikekalkan.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata usaha daripada beberapa pihak berkepentingan untuk melonjakkan lagi sektor ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Pameran Food and Hotel Antarabangsa Malaysia 2017 (FHM2017) yang kini sedang berlangsung sehingga 29 September 2017.

BACA JUGA :   Video Suarez Makan Sate Kecoh Apabila Penonton Seberang Dakwa Sate Berasal Dari Indonesia
Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Sumber foto : The Star
BACA : 10 Projek Mega Yang Membuktikan Cengkaman China Ke Atas Ekonomi Malaysia

Kejayaan pameran tersebut akan mendatangkan pelbagai manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada Malaysia. Melaluinya, Malaysia dapat mengangkat statusnya sebagai peneraju industri pelancongan di mata dunia.

Pelancongan

Bukan itu sahaja, pameran FHM juga telah berkembang dari permulaannya yang sederhana untuk muncul sebagai kiblat global yang terkenal dengan keunikan makanan dan hotel yang ditawarkan.

Pameran FHM 2017

Pada tahun lepas, sektor pelancongan telah menyumbang sebanyak RM 73.3 bilion kepada tabung negara. Menurut data yang dikeluarkan daripada Tourism Malaysia, sasaran untuk kedatangan pelancong tahun ini ialah 31.8 juta dan dijangka menjana RM 118 bilion.

BACA JUGA :   Video Suarez Makan Sate Kecoh Apabila Penonton Seberang Dakwa Sate Berasal Dari Indonesia

Pelancongan

Industri pelancongan telah diiktiraf sebagai salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas) dalam wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Menjelang 2020, Malaysia menyasarkan untuk menarik 36 juta pelancong yang akan memberikan pulangan sebanyak RM 168 bilion.

Pelancongan

Pada kali ini, seramai 1,200 syarikat daripada 50 buah negara telah mengambil bahagian dalam pameran FHM 2017. Pameran antarabangsa ini dijangka menarik 23,000 pelawat yang datang untuk menyaksikan keindahan sajian, bunyi, aroma dan citarasa mengujakan serta demonstrasi daripada chef selebriti.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here