Misteri Piramid Sudah Terungkai ?

The Great Pyramid of Giza yang merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia sememangnya menyimpan pelbagai misteri, terutamanya dari segi sejarah bagaimana ianya dibina. Jika melihat kepada teknologi dan keadaan pada zaman Mesir Purba ketika itu, nampak seperti pembinaan piramid itu tidak tercapai dek akal manusia.

Piramid
Sumber foto : Planet X News

Namun kini, akhirnya misteri pembinaan piramid tersebut sudahpun terjawab. Penemuan terkini menemui banyak bukti-bukti baru yang menjelaskan bahawa masyarakat Mesir Purba membina piramid Giza dengan memindahkan 170,000 tan batu kapur menggunakan bot.

Loading...

Sebelum ini, ahli-ahli arkeologi mempunyai perbezaan pendapat mengenai cara batu-batu tersebut dibawa ke Giza, yang kini merupakan sebahagian dari Cairo. Antara pertelagahan pendapat yang utama adalah mengenai pembinaan piramid Giza yang menyimpan makam Firaun Khufu pada tahun 2600 S.M.

BACA JUGA :   Mo Salah Disenarai Sebagai Calon Undi Jadi Presiden Mesir
Piramid
Sebanyak 170,000 tan batu kapur digunakan dalam pembinaan ini. Sumber foto : The Sun

Justeru, penemuan skrip kuno papirus, sebuah bot upacara dan rangkaian saluran air terbaru ini menjelaskan misteri yang sudah lama menjadi tanda tanya ini.

BACA : Turki Muncul Wira Selamatkan Rohingya, Mana Negara Islam Yang Lain ?

Menurut bukti-bukti yang ditemui, dapat dipastikan bahawa beribu-ribu buruh mengangkut 170,000 tan batu kapur di sepanjang Sungai Nil menggunakan bot kayu yang dibina dengan papan dan tali.

Batu-batu itu diambil di Tura yang jauhnya lapan batu dari situ manakala granit yang digunakan untuk struktur monumen pula dilombong di Aswan, yang jauhnya 533 batu.

Sebahagian daripada Sungai Nil

Blok-blok seberat 2.5 tan setiap satu itu diangkut melalui sistem terusan yang direka khas sebelum tiba di pelabuhan pedalaman yang terletak hanya beberapa meter jauhnya dari tapak The Great Pyramid.

Skrol papirus adalah satu-satunya rekod primer yang menerangkan bagaimana piramid  Giza dibina, dan ditulis oleh seorang pengawas bernama Merer pada waktu itu.

BACA JUGA :   Impian Sambung Pengajian Di Universiti Terkemuka Mesir, Rusia, Turki, India, Indonesia, Poland, Bangladesh Kini Jadi Kenyataan Dengan Daulah Educonsult
Skrol papirus yang menerangkan bagaimana piramid dibina. Sumber foto : The Sun

Rekod itu menjelaskan secara terperinci bagaimana batu-batu kapur dipindahkan dari lombong di Tura ke Giza menggunakan saluran air Zaman Gangsa.

Seorang ahli arkeologi,  Mark Lehner juga menemui bukti saluran air di bawah kawasan tinggi piramid itu dibina. Katanya lagi, lembangan terusan utama yang menjadi kawasan penghantaran utama ke kawasan tinggi Giza sudahpun dikenalpasti.

Piramid
Saluran air yang dibina untuk memindahkan 2.5 tan batu kapur. Sumber foto : The Sun

Nampaknya, terungkai sudah misteri bagaimana The Great Pyramid Giza ini dibina. Apa-apapun, keistimewaan struktur dan seni bina piramid ini wajar kita kagumi.

Untuk dapatkan info-info terkini serta pelbagai isu viral dari dalam dan luar negara, layarilah Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Daulah.com

Sumber :

The Sun 
Fox News

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here