Selamat Tinggal Sepang : Tiada Lagi Acara Formula 1 Di GP Malaysia Selepas Ini

Kontrak Litar Sepang untuk menjadi hos perlumbaan Formula 1 akan tamat pada tahun depan, namun kerajaan Malaysia menegaskan bahawa perlumbaan pada hujung minggu ini , 29 September 2017, adalah yang terakhir di litar keramat tersebut.

Sepang

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah memutuskan bahawa kontrak itu tidak akan disambung memandangkan kadar jualan tiket yang tidak mendapat sambutan, jumlah tontonan yang merudum serta kurangnya impak perlumbaan tersebut kepada sektor pelancongan negara.

Sepang

 

Tambah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, kos untuk menganjurkan acara perlumbaan berprestij tinggi itu menelan belanja yang sangat banyak. Bertitik tolak daripada itu, beliau akur bahawa negara sebaiknya memberi fokus kepada penganjuran perlumbaan MotoGP yang lebih popular.

BACA : Sektor Pelancongan Kekal Sebagai Penyumbang Ketiga Terbesar Kepada Ekonomi Malaysia

 

BACA JUGA :   Terminal Baru KLIA 3 Bakal Dibina Kerana KLIA & KLIA 2 Sudah Terlalu Padat

Bagi anda yang belum tahu, kos untuk menganjurkan perlumbaan F1 di GP Malaysia menelan belanja sebanyak RM 300 juta setahun. Kos ini telah meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding kali pertama ianya dianjurkan.

Litar Sepang mula memasuki kalendar sukan permotoran sejak tahun 1999 dan telah banyak menyaksikan detik-detik bersejarah seperti kejuaraan Lewis Hamilton pada tahun 2014.

Sepang
Pelumba dari pasukan Mercedes, Lewis Hamilton. Sumber foto : F1 Fanatic

Menurut Hamilton, dia berasa sangat sedih kerana selepas ini tiada lagi aksi Formula 1 di Litar Sepang. Dia pastinya akan merindui segala detik-detik manisnya di litar itu.

Tidak dinafikan, ramai barisan pelumba dan pasukan F1 menganggap Litar Sepang adalah litar yang paling mencabar dalam kesemua litar.

Ini kerana laluan trek di Sepang adalah sangat teknikal, ditambah dengan selekoh-selekoh yang sangat menguji skil para pelumba.

Sepang
Sumber foto : EPA

Di samping itu, cuaca di sini merupakan halangan yang sangat besar kepada mereka. Suhu yang penuh bahang membuatkan pelumba harus mengekalkan tahap kesihatan untuk mengelakkan dehidrasi.

BACA JUGA :   Formula 1 (F1) Tidak Akan Menggunakan Gadis Litar Mulai Musim 2018

Boleh diibaratkan, berlumba di GP Malaysia adalah umpama duduk memakai pakaian tebal di dalam sauna. Suhu di dalam kokpit boleh mencecah 50 darjah celsius dengan kadar kelembapan sebanyak 70 %.

Sepang
Sumber foto : Autosport.com

Menurut data daripada Mercedes, pelumba F1 akan kehilangan kira-kira 3 liter jumlah air dalam badan semasa berpeluh apabila berlumba di Sepang.

Pastinya, kelibat Litar Sepang dalam dunia Formula 1 akan dirindui oleh semua peminat sukan permotoran itu. Tiada litar lain yang dapat menjadi pengganti dan menawarkan cabaran yang sama kepada pelumba seperti di Sepang.


Jom Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

Motorsport
Formula1.Ferrari
REUTERS

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here