Pastinya ramai di antara anda yang sudah menonton video Luas Suarez mencuba pelbagai makanan popular di Malaysia. Antara makanan yang dicuba adalah roti canai, sate, char kuey teow, nasi lemak dan popiah. Video tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Tourism Malaysia pada minggu lepas.

Sate
Sumber foto : Youtube

Ternyata penyerang Barcelona itu cukup gemar akan makanan-makanan di negara ini. Di dalam video tersebut, beliau sangat memuji keenakan sate yang dihidangkan tetapi berpendapat bahawa popiah adalah terlalu pedas untuk dirinya.

Loading...

Tanpa disangka, video tersebut menjadi topik pergaduhan antara rakyat Indonesia dan Malaysia. Tidak lain dan tidak bukan, rakyat Indonesia mengecam video itu dengan mengatakan bahawa Sate adalah berasal dari Indonesia dan makanan itu dicuri oleh Malaysia.

BACA JUGA :   VIRAL : Ini Makna Sebenar 'Tak Tun Tuang' Yang Anda Pasti Tak Sangka
Sate
Komen-komen dari rakyat Indonesia

Rakyat Malaysia turut membalas kenyataan itu dengan menafikan Malaysia mencuri Sate seperti yang didakwa. Malah, rakyat Indonesia turut dinasihati supaya jangan terlalu angkuh dan menghormati keunikan budaya Malaysia.

Sate
Komen-komen dari rakyat Malaysia pula

Peristiwa sebegini bukanlah kali pertama berlaku melibatkan rakyat Indonesia dan Malaysia. Sebelum ini, kekecohan pernah berlaku apabila komuniti Indonesia mendakwa tarian Kuda Kepang adalah milik Indonesia dan bukannya Malaysia.

Ada juga segelintir komuniti yang cuba menenangkan keadaan dengan mengingatkan kembali bahawa Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun sejak zaman dahulu lagi. Memang banyak budaya yang dikongsi bersama dari segenap aspek melibatkan kedua-dua negara.

Apa-apapun, diharapkan pergaduhan ini tidak berpanjangan dan semoga Luis Suarez terus menikmati kelazatan Sate yang dihidangkan.

BACA JUGA :   10 Projek Mega Yang Membuktikan Cengkaman China Ke Atas Ekonomi Malaysia

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here